Tuesday, 29 December 2015

The Rune Stones: Battle Scars , Ep.8


10 TAHUN DAHULU, PADA TAHUN 2017, MEMORY ADIB

KYOTO HIGH SCHOOL, KYOTO (1.30 PETANG)

Kami 17 tahun, si kembar , Hakimi dan Adib berkawan rapat dengan ariana. Kami bertiga adalah KAWAN BAIK selamanya. Danish adalah CINTA PERTAMA Ariana sejak 2015, semua pelajar kelihatan berlari dan bergembira kerana cuti musim salji akhirnya tiba.

"Hangpa berdua balik dulu ye, I have a date, with destiny.." - ariana tersenyum manis
"Sanggup hang, weh jumpa kat tasik nanti , jangan lambat."- adib berkata dengan nada cemburu
"Hati-hati ye ariana, jom adib. " - hakimi memegang bahu adib.

Adib dan Hakimi pun memulakan langkah menuju ke rumah mereka, berjiran dengan villa master ikhmal, iaitu rumah ariana. Apabila bayangan adib dan hakimi hilang. Ariana memulakan langkah ke
taman bunga sekolah, kelihatan salji sudah mula turun. Ariana menunggu danish, kekasih hatinya.
Tiba-tiba, kedengaran satu suara menyapa...

"Ariana , we need to talk "

Danish ? Kepala dipalingkan ke belakang ,Ariana terkejut melihat Sir Salman , guru matematik tambahannya, Sir Salman senyum kearah ariana.

"Kenapa tak balik lagi ? Biasanya berkepit dengan hakimi dan adib , mana diorang ? "
"Diorang balik dah cikgu, saya nak lepak jap cikgu, cantik bunga-bunga kat sini, cikgu balik lah dulu, jangan risau pasal saya."
"Okay,jangan lama sangat, nanti demam selesema, salji dah mula turun dah ni.Saya gerak dulu ye."
"Okay cikgu, selamat bercuti."

Sir salman pun meninggalkan ariana di taman bunga. Ariana sambung menunggu danish...satu jam berlalu..dan dua jam berlalu...kini jarum menunjukkan angka 4.30 petang, badan ariana menggigil kesejukan , langkah ke rumah dimulakan. Air mata menjadi peneman. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran ariana.Sungguh hati ini sangat kecewa. Ketika berjalan menuju ke rumah, ariana terlihat dua kelibat manusia. Seorang lelaki, seorang perempuan. Ariana cuba mengecam dua manusia itu. Danish ?

"Goodbye."

Danish memeluk erat wanita itu, usai sesi berpelukan, wanita itu pun masuk ke dalam kenderaannya lalu meninggalkan danish. Ariana SENTAP. Danish ? Kau....kau....? Kau khianati cinta aku..?
Hati berkata dengan tidak percaya, jantung berdegup dengan kencang. Kelopak mata ini mula dibanjiri. Air mata jatuh dengan derasnya daripada bebola mata ariana, ariana meletakkan tangan kanannya pada mulut. Tidak mahu suaranya yang didengar.Lalu segera lari ke rumah...BERLARI sekuat hati. Petang itu, hakimi dan adib tidak nampak ariana di tasik, namun nampak pula di rumah sebelah, pelik ! Mesti ada sesuatu yang berlaku ni...itulah pandangan hakimi dan adib setelah melihat ariana masuk ke rumahnya dengan bertemankan air mata.

******************

TASIK DI TAMAN BUNGA SAKURA , KYOTO (10.00 malam)

Ariana berdiri di atas tasik pepejal ini, rasa menyesal kerana tidak mengikuti hakimi dan adib pulang awal. Permukaan ais pada tasik itu seperti akan pecah pada bila-bila masa. Ariana kekal kaku di tengah-tengah tasik. Air mata mengalir dengan deras..

"Cik gagal.....aku gagal...gagal DALAM percintaan"

Ais mula *crack * dan kedengaran bunyi, *SPALSH*. Ariana tenggelam masuk ke dalam tasik yang membeku. Pasrah kerana terlalu kecewa dengan peristiwa petang tadi....dunia semakin gelap, penglihatan menjadi terhad. Ariana pengsan, setelah 35 saat berlalu...*SPALSH*

"ARIANA ! "

Adib menyelamatkan ariana yang pengsan. Apabila sampai di daratan, kelihatan bibir ariana sudah pucat. Adib mendukung ariana bagai puteri sehinggalah tiba di villa master ikhmal. Kebetulan, adib sedang menghirup udara segar, lalu mengekori ariana dari jarak jauh. Hakimi pula sedang menjamah selera *shrimp kimchi* yang dimasak oleh ibu.

"Ariana ! Kenapa ni !" - master ikhmal berkata cemas
"Cik pun tak tau nak habaq guane..."
"Mari...mari..."

Adib meletakkan ariana di katilnya, lalu segera pulang ke rumah, perkara ini hanya diceritakan kepada hakimi...

"Itulah kisahnya...kimi-san"
"Adib, macam mana hang survive dalam air tu ?"
"Uncle Afiq Amirullah tu, depo ada buat macam suntikan dekat cik, sekarang ni cik rasa lain macam je, dah tak rasa sejuk..."

Adib memberi penumbuk pada bahu hakimi, tiba-tiba kelihatan api biru keluar daripada tangan adib.

"Adib !! Kenapa ni !! "
"Kenapa ?! Tangan cik , kimi-san tolong !! Tangan aku tengah *on fire* ! "

Hakimi lekas mengambil satu baldi yang penuh diisi air, lalu menyimbah air itu pada adib secara spontan, *PEEESSHH*, kini adib basah lencun. Daripada ada api tadi, kini menggigil kesejukan.

"My twin , cik bukan apa, perlu ke hang SIMBAH sebegitu sekali kat cik ?"
"Banyak songeh pulak, dah pergi mandi, cik nak tido ni, esok kita jumpa Uncle Afiq Amirullah."

Adib mengambil tuala denga tangan yang menggigil lalu masuk ke tandas. Manakala hakimi baring di atas katil dengan seribu satu soalan yang sudah tersedia untuk dijawap oleh uncle afiq.


BERSAMBUNG
******************

EXTRA INFORMATION :

- Virus pada adib - virus ini memberangsangkan haba. Adib boleh menghasilkan serta mengawal api. Dalam kata lain, adib kini sudah jadi *fire bender*, namun, api yang adib hasilkan berwarna biru, iaitu pembakaran sempurna. Virus ini dinamakan HEAT VIRUS oleh Prof.Afiq Amirullah..

- Apabila seseorang disuntik virus *S.N.* atau *D.S.N.* , tindak balas memerlukan masa.

- Perempuan yg danish peluk adalah sepupunya yang akan mati dalam masa 24 jam, kerana akan dibunuh H.V.O.
*****************

HOPE BERI BNYK FEEDBACK
HOPE ENJOY BACA
Ini adalah ep. pertama flashback...
Flashback ini akan membuat korang memahami lebih mendalam tentang TRS:BS

No comments:

Post a Comment