BILIK ADIB,VILLA MASTER IKHMAL
Adib membuka sepasang mata miliknya...
"Where am I ? "
Ariana memandang sayu wajah Adib...
"Adib, hang ingat tak apa yang berlaku haritu ?"
"Mana...mana ibu bapa cheq ? "
"Adib..."
Ariana memeluk erat Adib..., hati Adib kini kosong, umi ? Ayah ? Kenapa sekarang ? Tolonglah, Adib masih lagi menagih kasih daripada insan yang digelar ibu dan bapa. Macam mana reaksi Hakimi apabila hal ini terbongkar, air mata mengalir di pipi Adib...pelukan dileraikan.
"Dah dua hari hang pengsan tak sedar, ibu bapa hang selamat dikebumikan dah...saya, saya minta maaf Adib. "
"Saya ke yang menyebabkan kebakaran tu ? "
Ariana diam, tidak tahu apa yang patut dijawabnya...
"Detektif Shiro masih lagi menyiasat punca kebakaran, Adib... jangan salahkan diri sendiri, ni semua takdir. Don't blame yourself."
"Mereka dekat mana sekarang ? "
"Perkuburan Utara Kyoto"
Adib bingkas bangun, kaki berasa lenguh dan sakit. Tidak sampai 10 saat, Adib jatuh di atas lantai.
"Adib ! Kaki hang lebam tu, ada kecederaan , doktor cakap hang tak pulih lagi."
"Tolong bawak cheq ke tandas, cheq nak mandi."
Ariana membantu Adib berjalan ke tandas. Pakaian sudah diletakkan di sinki..terdapat tongkat kayu di tepi pintu tandas.
"Awak, mandilah dulu, nanti saya dan ayah teman awak pergi ziarah ye ?"
"Terima kasih."
Usai sahaja Ariana meninggalkan Adib keseorangan dalam tandas, selepas pintu ditutup. Adib membuka *shower*, air membasahi dirinya yang masih berpakaian lengkap. Air mata jatuh sederasnya.
"Umi....ayah...maafkan Adib...twin, why do you disapear at a time I needed you the most ? RRRRRAAAAHHHHHHH !! "
Adib menjerit sekuat hati, perasaannya tidak stabil, air menghalang api yang keluar daripada mulut Adib untuk menyentuh dinding tandas. Apakah akan berlaku selepas ini ? Bagaimana nasib aku dan kembarku ?
*******
PERKUBURAN UTARA KYOTO
Master Ikhmal memegang lembut bahu Adib. Ariana hanya diam membisu, sudahlah dirinya ditimpa musibah cinta, kini, kawan baiknya sendiri menerima musibah yang lebih dahsyat daripadanya, namun apa reaksi Hakimi nanti ? Marah ? Mungkin sedih ? Semua persoalan kekal tanpa jawapan.
"Selepas ini, kembar hang dan kamu duduk dengan cheq no."
"Terima kasih, master."
"Adib, cheq ada berita gembira untuk hang, mungkin berita ini dapatlah mengubat kan sikit duka hang tu."
Adib mengesat air matanya lalu memandang sayu Master Ikhmal.
"Pagi tadi, cheq terima panggilan daripada pihak hospital, kembar hang dah ditemui, termasuk Emir sekali. Malam ni, Hakimi ,Emir ,Zul ,Luqman ,Hafiz ,Edwin dan Pejo akan bermalam dekat rumah cheq"
"Ye ke !! "
Adib menunjukkan riak gembira, cukuplah rasa kehilangan ini, kembarnya adalah saudara terakhir yang ada dalam keluarga.
"Tapi, mana Danish ? Dia dah sihat dah ke ?"
"Depa balik rumah depa sat, malam ni depa bermalam juga."
"Okay, syukur semua selamat..."
Adib cuba membuat senyuman plastik, perasaan gembira dan sedih bercampur baur. Malam ni, pasti mencatat sejarah penting dalam hidup.
********
MEJA MAKAN MASTER IKHMAL (9.00 MALAM)
Semua orang sedang menjamah selera masakan istimewa Ariana, sup tulang yang lazat, disamping nasi ayam yang *rare*di Jepun, *oyster kimchi*, kuih muih yang pelbagai dan paling penting sekali,
MANGGO CHEESE CAKE! Kecuali Danish yang masih belum tiba dari rumahnya. Namun,tujuan sajian istimewa ini, adalah untuk menenangkan hati-hati yang serabut dan menggembirakan suasana yang sedih. Adib bertentang mata dengan Hakimi, mereka duduk bertentangan di meja makan. Mukanya masam mencuka dan hanya diam membisu selepas khabar mengenai ibu bapanya disampaikan oleh Adib.
"Sedapnya !!! Oyster kimchi ni, paling lazat kat Asia ! "
"Terima kasih Emir, bolehlah sponsor nak dirikan restoran yer.."
Ariana gembira dengan pujian masakannya, namun perasaan risau dan bimbang sentiasa menjadi peneman. Janganlah dua saudara ini bergaduh...tolonglah, Hakimi bangun daripada kerusi, lantas menuju ke luar rumah dengan cepat selepas mencuci mulut dan tangan.
"Kimi-san ! Hang nak pi mana no."-Adib berkata risau
"Non...of... your... business"
Adib sentap, sepanjang hidupnya, itulah ayat PALING KASAR yang keluar daripada mulut kembarnya.Hakimi melangkah keluar, suasana meja makan menjadi sunyi, itulah kelebihan Adib dan Hakimi, kalau salah satu daripada mereka *moody*, satu rumah boleh terkesan.
********
TAMAN BUNGA VILLA MASTER IKHMAL (10.00 MALAM)
Telefon bimbit HUAWEI dikeluarkan, Hakimi mendail nombor Jaris, kemudian Zaki, tujuannya kerana mahu menjemput mereka ke villa. Cuba menghilangkan *stress* dan duka di hati. Sebelum mendail nombor Najmie, Hakimi membuka mulut.
"Besides family, only a friend can remove a THORN in the heart."
Beberapa saat kemudian,Najmie mengangkat panggilan telefon.
"Najmie-san, jom lepak kat villa esok. Hang *buzy* ke ?"
"Tak, kimi-san,sabar ye,esok cheq datang.Be strong okay . "
Talian diputuskan begitu sahaja, iris mata Hakimi tiba-tiba bertukar ungu cair...perasaan pelik mula menghadiri di benak fikiran. Virus ni, apa kebolehannya ? Disebalik pokok-pokok berdekatan, iris mata Danish bertukar menjadi kuning cair keemasan,Danish juga terkejut, masih baru dengan virus miliknya. Kenapa mata aku bertukar warna pulak? Aku tak buat apa-apa pun,ke Hakimi ni...ada kaitan. Danish bermonolog.
"Adakah virus aku berhubungkait dengan virus dia ?"
Danish kini rasa seolah-olah macam magnet sama kutub dengan Hakimi, cuba didekati, bagai ada graviti yang menghalang mereka daripada menjadi dekat.
********
VILLA MASTER IKHMAL (6 PAGI)
Master Ikhmal sedang khusyuk membaca buku "1 Venus 3 Mars At Earth" daripada seorang karyawan kacukan China-Korea yang dilahirkan di Jepun, penulis yang sangat berbakat, namun menggunakan nama pena *Miss CandyCrush*, memang tak boleh nak agak, diluar jangkaan.
Buku yang mengisahkan percintaan seorang perempuan bersama 3 lelaki.Tiba-tiba telefon rumah berbunyi...
"Good morning, Master Ikhmal sedang berbicara..."
"Ikhmal, Afiq Am. ni, kamu dah dapat semua budak-budak tu ?"
"Kenapa hang serahkan depa semua kepada cheq ?"
"Terpaksa, ada syarikat nak culik mereka, nilah jalan yang paling selamat."
"Afiq...hang ni..."
"Kami akan memerhatikan gerak-geri, aktiviti, sosial dan tindak-tanduk budak-budak tu."
"AFIQ !! "
Talian terputus, kepala menjadi serabut, hati mula tidak tenang.Master Ikhmal meletakkan buku di tepi telefon rumah, lalu pergi ke dapur...kelihatan Ariana sedang membuat sarapan disamping Emir dan Adib.
"Selepas depa semua sarapan, kita semua ke Taman Bunga Sakura ye."
"Okay"-Ariana Emir dan Adib berkata serentak.
Sarapan dijamah mesra oleh semua orang terutamanya sekali Emir. Namun batang hidung Danish masih lagi tidak kelihatan. Dijangka malam tadi tiba, namun tidak juga. Hakimi menjamah selera sambil membaca buku puisi bertajuk *NATURE IN LIFE*, sejak malam semalam, Hakimi tidak pernah berpisah dengan buku, Adib mula risau kerana itu adalah simptom kembarnya mengalami *stress*.
"Kimi-san, dah dah la tu, makanlah sandwich tu, cheq buat susah-susah tau."
"Killers are venom in life."-Hakimi berkata sambil menyelak muka surat seterusnya.
Semua orang diam, hanya nyanyian burung di waktu pagi sahaja yang kedengaran sehinggalah sarapan habis. Setelah itu, semua orang bergerak ke Taman Bunga Sakura seperti yang diarahkan Master Ikhmal. Setibanya di sana....
"Taman ni akan jadi tapak latihan hangpa semua."
Master Ikhmal pun meninggalkan 9 orang itu sendirian, Ariana mula rasa kekok, dikelilingi 8 lelaki, nasib baik ada Adib dan Hakimi, tu pun Hakimi tak jemu lagi baca buku, stres terpancar jelas di wajahnya.
Semua orang berpecah belah, mencari ruang masing-masing untuk menjalankan latihan atau eksperimen kepada virus tersendiri.Hakimi duduk di tepi tasik, sambil kusyuk membaca buku. Ariana duduk disebelah Hakimi.
"Punca kebakaran tu tidak dipastikan lagi...jangan la buat spekulasi.."
"Bukan sebab tu la, sebab lain."
"Apa ?"
"Jangan ganggu konsentrasi cheq, setakat ni, ni je cara cheq nak kawal virus ni."
Disebalik pokok, Adib mencuri dengar perbualan mereka. Tidak jauh dari situ, Emir dan Hafiz tengah *frust*, kerana masih tidak tahu kebolehan masing-masing.
"Kenapa aku berbeza."-Emir bersuara lalu mengeluh...
Emir melihat Edwin yang sedang seronok menguntumkan bunga sakura, kemudian melihat Adib yang sedang berlatih untuk mengawal api di tangannya, Luqman pula sedang bermain dengan elektrik...
Zul pula sedang bermeditasi...
"Emir aku dah tau kuasa aku ! "
"Apa dia ? "
Hafiz memegang bahu salah satu daripada multiple Pejo, lalu Hafiz segera menjadi multiple, dalam kata lain, tiga Hafiz. Emir mula naik *frust*. Semua orang dah tahu kuasa masing-masing kecuali dia. Mana Danish ?
"Korang cepat sikit lagi ! "- Jaris, Zaki dan Najmie berteriak.
Semua orang memandang Jaris dan Zaki yang siap berpistol dan ber 'gadget' caggih.
"Korang buat apa sini ? "- Zul bersuara keliru
Najmie, Zaki dan Jaris berwajah ceria.
"Hakimi suruh datang, Master Ikhmal pun suruh kami tolong korang berlatih "-Jaris bersuara
Hakimi menutup buku yang dibacanya, iris tiba-tiba bertukar menjadi ungu...
"AAAHHHHHH, kimi-san get out of my head ! RRRAAAAAHH"- Najmie menjerit
Semua orang menjadi panik....Adib segera menggoncang kasar badan Hakimi....
"Twin ! Wake up ! Kenapa dengan mata hang ni !"
"Apa....pa...apa..."
Iris kembali berwarna hitam, Hakimi membuat riak keliru, tidak sedar apa yang baru berlaku tadi.
Najmie terpengsan dengan air mata di pipi....
"OMG ! Apa cheq dah buat ni...Najmie !"-Hakimi berkata panik
*********
EXTRA INFORMATION :
List of D.S.N. & S.N.
- Emir , bertukar menjadi raksasa apabila ketakutan - D.S.N.
- Adib, fire bending - D.S.N.
- Hakimi, show worst nightmare - D.S.N.
- Luqman , energy (elektrik)bending dan boleh masuk dalam gadget - D.S.N.
- Danish , hipnotize orang
- Pejo, jadi multiple Pejos
- Hafiz, boleh tiru virus lain kecuali virus D.S.N. dan Danish
- Zul, berjalan dalam memori
- Ariana, menyembuh
- Edwin , mengawal tumbuh-tumbuhan
No comments:
Post a Comment