Saturday, 26 December 2015

The Invaders : Ubi (Chapter 4)

Kamil merasai hangat serpihan cahaya yang menusuk matanya yang masih kabur.
"Argh" Kamil dapat merasakan kesakitan yang melekat pada tangan kirinya.
Dia dapat melihat beberapa orang yang terbaring. Masih bernafas.
Perlahan-lahan dia bangun mengenepikan rasa sakitnya. Dia cuba bergerak ke arah mereka yang masih terbaring.
"Mak cik? Mak cik!" dia menggoyangkan sedikit badan seorang wanita separuh abad itu.
Mak cik tersebut membuka matanya dengan perlahan.
"Mak cik tak apa-apa?" tanya Kamil memastikan.
"Tolong anak mak cik tu" bangunnya sambil menunjuk ke arah satu susuk tubuh kanak-kanak
Kamil merapati budak tersebut lalu menekan pergelangan tangannya.
"Macam mana dengan anak mak cik?" tanyanya membina harapan.
Kamil hanya mampu menggeleng menghancurkan harapan wanita tesebut. 
Kelihatan kesedihan menitis daripada air muka mak cik tersebut apabila melihat anaknya dalam sedemikian rupa.
Mereka berada di dalam bangunan yang telah separuh runtuh sebelum Kamil merasai sedikit gegaran daripada derianya yang tajam.
Kamil terasa dirinya terlalu cekap. Seperti sekelilingnya mejadi perlahan. 
Sekelip mata mereka bertiga; Kamil, mak cik tersebut serta mayat anaknya telah berada diluar bangunan tersebut.
Mak cik tersebut terpaku melihat Kamil
"Macam mana..." belum sempat ayat wanita tersebut dihabiskan, mereka  terdengar jeritan daripada jauh.
"Hey!" kelihatan satu susuk tubuh bersenjata dari jauh memanggil mereka.
Belum sempat Kamil meneliti wajah lelaki tersebut, kepalanya tidak mengizinkan pandangan.
Dia pengsan.


"Sarjan betul pasti ke nak pergi sekali ni?" tanya Shaqir sambil menggalas senjata yang kelihatan besar, tetapi ringan.
"Kenapa awak tanya? Salah ke saya nak berjuang sekali?" jawab Sarjan sambil menyarung Sut Tempur.
"Tak la salah sarjan. Tapi macam mana kalau tuan gugur? Siapa yang nak memimpin?" tanya Shaqir dengan prihatin.
"Kan ramai lagi pemimpin yang berwibawa dalam tentera kita. Lagi pun, saya sendiri pun memerlukan pengalaman melihat pertempuran untuk melakar strategi" Sarjan memberi sebab.
"Tapi sarjan..." Shaqir tak terkata.
Sarjan hanya senyum sambil berlalu ke arah pintu.
Shaqir hanya menggeleng.


Mefa sedang meneliti komponen maklumat yang terpapar pada skrin meja dihadapannya.
"Mengapa masih tidak menemui apa apa?" katanya dengan nada yang tinggi.
"Kami sudah mengambil setiap satu butiran data daripada tentera tentang penggalian tersebut"
terang Prof Pejo.
"Jadi mengapa masih tidak bertembung dengan sebarang hasil?" tanya Mefa.
"Kami sendiri pun tak tau tuan" terang Prof Pejo dengan nada rendah.
"Kita perlukan bahan tu secepat mungkin. Kalau tak, kita tidak akan mampu mencipta Link. Kau pun tahu betapa penting dan berkuasa benda tu kan?" kata Mefa dengan nada yang sedikit tenang.
"Ya. Saya tahu tuan" jawab Prof Pejo.
"Kau juga tahu aku hanya perlu menekan satu butang untuk menghancurkan hidup kau, wahai Professor Faizul Iqbal" gertak Mefa.
"Ya. Saya tahu tuan"

End of Chapter 4
By : Salman

No comments:

Post a Comment