Tuesday, 29 December 2015

The Rune Stones: Battle Scars, Ep.16



LOCKER ARIANA

KEESOKAN HARINYA...

Ariana membuka locker-nya, mencari buku latihan Fizik, sepucuk surat bersampul warna keemasan diambil, Ariana membuka sampul itu, lalu membaca isi kandungannya.

"Semua orang layak untuk diberi peluang kedua, saya tak minta untuk awak maafkan saya, tapi saya harap awak boleh bagi saya peluang kedua, awaklah bidadari dalam hati saya, hati saya hanya milik awak....esok, 9.00 malam, SARANGHAE CINAME, KYOTO."

Ariana mula rasa *GOOSEBUMPS*, siapa lelaki ni ? Dasar ayat...bidadari lah sangat, berbisik Ariana di dalam hatinya. Locker ditutup, Ariana tidak tahu yang dia ada peminat...inilah surat cinta pertama yang dibaca sepanjang hidupnya, sebelum ini kalau diterima surat cinta, Ariana akan memberikan surat itu kepada ayahnya, iaitu Master Ikhmal untuk ditapis...matilah kalau ayahnya tahu Ariana membaca surat ini tanpa kebenaran si ayah.

"Fokus ....fokus...hangpa sikit lagi nak jadi seorang penulis majalah sekolah...sikit lagi...kalau hang berjaya masuk *SCHOOL MAGAZINE CLUB*...,dapatlah tau siapa penulis itu.."

Terdapat seorang penulis tetap majalah sekolah yang Ariana sangat minati, murid itu menggunakan nama pena, *Mr.Autumn*, setiap bulan, murid itu akan menulis artikel yang akan mengusik hati, sama ada berita yang sedih, lucu mahupun motivasi diri untuk mengharungi hidup. Kalau berjaya masuk kelab itu, dapatlah berjumpa dengan pelajar misteri yang dicarinya selama 5 tahun di sekolah, ini adalah tahun yang terakhir,peluang tidak akan datang lagi...Tiba-tiba,Adib muncul...

"Ariana ? Boleh tolong cheq tak ? "
"Terkejut MAK ! Oh..... Hakimi, kenapa ?"
"Tolong...cheq tak tau nak tulis apa untuk majalah sekolah bulan ni..."
"Hang penulis ? Tak pernah tau pun....."
"Tolongla..."
"Tulis la pasal harapan budak S.P.J., tahun ni...cita-cita mereka ? "(SPM,Malaysia, SPJ,Jepun)
"Betul jugak...bye.."

Adib segera sambung belari ke Bilik Komputer, tidak disangka kembarnya adalah penulis tetap majalah sekolah...*Mr.Autumn* pulak tu, kalau rahsia ni bocor, mesti kembarnya akan menjadi setaraf popular seperti dirinya. Apabila tiba di bilik komputer, Adib masuk dan mencari komputer yang kosong untuk digunakan.

 Banyak orang di dalam bilik ini, Zaki, yang sedang buat grafik untuk robotik dia, serta Luqman yang sedang bermain DOTA dan lain-lain .Kerusi ditarik, lalu Adib duduk.*Microsoft* dibuka , jari-jemari mula menaip..., esok adalah *PRESENTATION*, untuk memilih karya mana untuk diletakkan di dalam majalah. Adib tidak mahu memalukan kembarnya...

2 jam kemudian....

"Aku...Aku mengalah..."

Adib meletakkan kepala pada *keyboard*, otaknya kini kering...otaknya kini...MEREPUT...

"Susahnya hidup sebagai Hakimi....ingatkan bahagia tak kena kejar dengan peminat...tapi...buat artikel ni lagi SEKSA ! "

Semua orang di dalam Bilik Komputer pandang aneh kearah Adib, alamak tercakap kuat pulak ! Adib bermonolog...senyuman plastik dihadiahkan, lalu segera cabut, menuju ke kelas. Pipi sudah menebal 10 inci.

"Alahai malunya ! I want my life back ! "

********

PADA MASA YANG SAMA...

PADANG BOLA SEPAK SEKOLAH.

Jantung sedang berdegup kencang, dah lama tak main bola sepak, selama ini hanya melihat kembarnya menjadi atlet sekolah, kini dirinya kena menempuh cabaran.

"Adib ! Cepatla ! Nak berlatih ke nak jadi modal catwalk ! "

Hakimi menoleh kearah Hyeon, seorang striker dalam kumpulan ini, seperti Adib.

"Yela nak sepak bola la ni..."

Latihan pun bermula....2 jam kemudian....

Kaki menjadi *CRAMP*, Hakimi rebah di tengah padang...baring di atas tanah.
Semua peminat Adib yang ponteng kelas untuk memberi sokongan moral mula panik..Hyeon dan ahli kumpulan yang lain berlari kearah Hakimi. Najmie dan Emir tiba-tiba muncul entah dari mana...

"Adib ! Kau okay tak ni ! Jom aku hantar bilik sakit ! "

Emir dan Najmie bersuara risau, Hyeon menyerahkan Hakimi kepada Najmie dan Emir.


KETIKA DI BILIK SAKIT

"Adib nak kitaorang teman tak ? "- Emir
"Boleh la, sekarang ni kelas Sir Salman, kepala aku nak MELETOP dah dengan matematik"-Najmie
"Hangpa jangan nak buat 'CUTE' depan cheq, pergi kau mereput dalam kelas ! "
"Betul ni....ala boleh la."-Najmie
"Cheq okay je, sakgi okay balik kaki ni...."

Najmie dan Emir mula melangkah menuju ke kelas dengan muka KUCING, cuba untuk minta simpati.
Namun tidak diendahkan oleh Hakimi. Kini, Bilik Sakit kosong, Miss Choi, jururawat sekolah kini berada di Seoul kerana ada khusus.

"Aku mengalah...sorry twin, I want my life BACK !"

Hakimi jerit sekuat hati.Hidup sebagai seorang penulis memang susah, memenatkan mental,dianggap hidup sebagai Adib lebih bahagia, dikejar peminat...disukai ramai, namun benar kata orang, bersyukurlah dengan apa yang ada.

*******

KEESOKANNYA, SARANGHAE CINEMA. (9 MALAM)

Sambil menunggu lelaki misteri yang menghantar surat cinta itu, Ariana masih terkejut, dalam kata lain kecewa akan peristiwa siang tadi di sekolah, sanggup seorang kawan SEJAK kecil, yang dikenali BEGITU lama, merahsiakan identiti....Ariana kini merajuk dengan Hakimi.

********
Pintu bilik Magazine Club dibuka, mata menjadi bulat, Ariana tidak percaya....Hakimi adalah
 Mr.Autumn, jejaka yang selama ini dicarinya, rupa-rupanya sangat rapat dengannya selama ini, malah sebumbung sejak peristiwa sedih Adib dan Hakimi.

"Ariana ? Hang buat apa sini ? Blair ?Hang tak habaq kat cheq pun hang pilih Ariana untuk slot ekslusif bulan ni ?...Awat ?"
"Salah ke ? "-Blair menjawab dengan nada sinis

Mata Hakimi dan Ariana berkolamkan air mata, masih terkejut dengan kehadiran masing-masing..

"How could you..."
"Ariana ? Saya..saya.."

Ariana lari sekuat hati, sedih dengan apa yang baru berlaku. Hati kini cedera, terluka bagaikan di HIRIS KASAR, sanggup KAWAN BAIK sendiri menyembunyikan perkara sebegini daripada pengetahuannya...Hakimi mengejar Ariana..pintu tandas dibuka, Ariana segera masuk ke tandas perempuan...pintu ditutup dan dikunci,Hakimi mengetuk pintu tandas dengan kasar.

"Ariana ! Ariana ! Ada sebab kenapa, let me explain..."
"Semua lelaki SAMA ! SEMUA SAMA ! I thought you were different ! Entah-entah Adib pun ada simpan rahsia kan ? HAH ! "

Air mata mengalir di pipi mulus Ariana, Ariana duduk di atas lantai,badan disandarkan pada pintu tandas...begitulah juga dengan Hakimi, duduk sambil sandarkan badan pada pintu tandas.

******

"HOI ! ARIANA ! DAH SAMPAI LONDON KE ?"

Ariana sedar daripada lamunan, terkejut melihat jejaka di hadapannya kini, Danish ? Adakah ini usaha untuk dia mencuri hatinya kembali ?

"Awak nak tengok cerita apa ?"
"Tak kisah lah, janji best..."
"Jom tengok cerita genre *ROMANCE* ? Romantik tak ?"
"Anything but *romance*, cerita lain.....LAIN ! "

Danish pergi ke kaunter pembayaran, kemudian mengajak Ariana untuk masuk ke Bilik Tayangan, cerita itu benar-benar menarik banyak penonton, hampir kehabisan tiket. Nasib baik ada dua kerusi kosong.

Ariana mengikut Danish masuk ke dalam Bilik Tayangan, keadaan sesak dihuni manusia...kerusi yang Danish maksudkan berada di tengah-tengah antara semua kerusi, memang tuah berada di sisi mereka, setelah sampai di kerusi, Danish dan Ariana pun duduk, Danish di kiri, dan Ariana di kerusi kanan.Lampu tiba-tiba tertutup, menandakan *movie*, akan bermula sebentar lagi...

"Cerita apa awak nak kita enjoy ni.."
"Bukan cerita romantik....for like seriously."
"Cerita apa ? "
"DIARI SEORANG PEDENDAM.."
"Cerita hantu !! Kenapa awak pilih cerita ni..."
"Dah awak tak nak cerita romantik ? Best apa cerita hantu..."

Rasa seperti ingin sahaja meninggalkan Danish TERCONGAK sendirian, namun hati cuba ditabahkan.
DIARI SEORANG PEDENDAM , dinikmati...apabila *scene* hantu, satu bilik jerit, rasa macam nak pecah gegendang telinga...pada masa yang sama, tangan sasa Danish menjadi mangsa Ariana. Dipeluk tangan yang berketul itu sekuat hati apabila *scene* yang mengerikan.

"Tak pe, saya tak kisah pun, peluk je sepuas hati awak..."
"AAAAAHHHHH !! "

Ariana menutup mata sambil memeluk erat tangan Danish. *Scene* membunuh tadi, berlimpahan darah sampai terkeluar daging manusia tadi benar-benar mengerikan. Danish pula tersengih...
Menikmati gelagat Ariana...

*****
THANKZ...
HOPE ENJOY EPISOD NI...
@_@...÷3

No comments:

Post a Comment