1 TAHUN KEMUDIAN....(2018)
CLASS 5-1, KYOTO HIGH
Semenjak peristiwa di Taman Bunga Sakura, Hakimi semakin kerap membaca buku kerana takut virusnya hilang kawalan. Najmie berkeadaan baik, hanya demam seminggu setelah kejadian hari itu.
Dia menceritakan bahawa dia melihat dirinya sedang dimakan kejam dan dagingnya di *rebut* oleh ular-ular yang tajam giginya.
Kini semua orang sudah boleh mengawal virus mereka dengan cekap. Tahun 2018, tahun terakhir persekolahan, mangsa Sijil Pelajaran Jepun(S.P.J.), kelas 5-1 meriah dengan gelak ketawa para pelajar berjumlah 30 orang. Kedudukan pelajar ? Ariana dan Luqman duduk di meja hadapan sekali di bahagian tengah. Di bahagian kiri,Pejo dan Hafiz. Manakala di kanan, Edwin dan Najmie. Hakimi duduk bersebelahan dengan Adib di belakang meja Ariana. Emir duduk di sudut paling belakang kelas, sebagai DENDA, akibat tidak siap kerja sekolah Bahasa Jepun, Zaki dan Jaris duduk bersebelahan di belakang Hafiz dan Pejo. Zul berada di kelas 4-1,kerana muda setahun, Danish pula dikatakan akan bertukar sekolah daripada Junior Kyoto High ke sini.
"Weh hang tak siap lagi ke kerja rumah semalam ?"-Ariana bertanya kepada Adib
"Tolonglah cheq ni, cheq tak nak jadi macam Emir tu."
Hakimi berdiri daripada kerusi, dan mengambil sebuah buku bertajuk *Anatology of Annabel* pada mejanya. Adib tidak mengendahkan kembarnya, sebaliknya *speed* buat kerja rumah sebelum cikgu masuk.
"Hakimi, hang nak pi mana tu..."-Ariana
"Kalau... Sir Salman masuk, habaq cheq, pi perpustakaan sat, nak pulang buku."
"Weh, nak ikut, bosanlah duduk meniarap je dalam kelas ni."-Najmie
"Okay, jom..."
Hakimi dan Najmie keluar daripada kelas menuju ke Perpustakaan, pintu perpustakaan dibuka sopan, kelihatan Abang Luhan sedang menaip pada *keyboard* komputer..
"Brother Luhan ! Ada buku baru tak. "
"Cepatnya kau habis baca, habis semua buku sekolah ni kau perkosa."
"Buat lawak ke ? L.O.L. , hahaha, weh nak buku baru.."
"Nah...ni baru sampai pagi tadi.."
Hakimi mengambil buku yang dihulurkan Zul. *Diary of an Ugly*...selepas membuat pinjaman keatas buku itu, Hakimi dan Najmie berjalan menuju kembali ke kelas.KRRIIIIG ! Loceng sekolah berbunyi.
Alamak ! Najmie dan Hakimi tangkas berlari, takut dimarahi Sir Salman.
"Cepat ! Aku terlalu kacak untuk di denda.."
"Kesah pulak cheq Najmie oii....."
Ketika sedang menurun di anak tangga Hakimi tiba-tiba berhenti...iris bertukar menjadi ungu..
"Hakimi ! Wrong timing GILA la kau ni, pasal mata kau ungu pulak ni, kantoi kang ngan pelajar lain, habis S.V.O. paksa kau tukar sekolah nanti kang. "
"Something's wrong, hang pi balik kelas dulu, cheq nak pi tandas, bawak buku ni sekali...nah.."
Najmie menyambut huluran, lalu segera menurun tangga kemudian masuk kelas. Kelihatan Miss Shin, guru Bahasa Jepun, sedang memegang rotan, memandang tajam bebola mata Najmie.
"Mana Hakimi ! "
"Dia pergi tandas cikgu, sakit perut...makanan kantin tadi ada lalat"
"Jangan nak banyak SONGEH, pergi duduk...Sir Salman ada mesyuarat dekat bilik pengetua...buat kerja sekolah yang dia bagi semalam."
Adib menghembuskan nafas kebahagiaan, selamat juga akhirnya, patutlah banyak sangat kerja rumah semalam, rupa-rupanya sebagai bekalan untuk hari ini...
"Emir ! Siap ke belum kerja rumah minggu lepas !"
"Tak cikgu...saya minta maaf"
"Kamu nak tunggu cikgu MEREPUT ke apa HAH ?! Pergi pamping 100 sekarang ! "
"Cikgu, macam mana saya nak buat karangan kalau tangan saya sakit nanti.."
"Baguslah kalau macam tu, baru insaf.....tunggu apa lagi tu...MEREPUT ? Cepat ! "
Semua orang tersengih, kalau bukan rasa hormat terhadap Miss Shin, sudah lama suara gelakan bergema di dalam kelas ini, Emir melangkah ke hadapan kelas dan mulakan denda keduanya.
********
TANDAS LELAKI, TINGKAT 2
Hakimi tangkas berlari lalu menutup pintu tandas utama, kemudian melihat cermin tandas...
"Pasai pa tiba-tiba lagu gini...macam tak berubah balik je iris ni..haduih.."
Hakimi masuk ke salah satu ruangan dalam tandas itu, lalu menutup pintu tandas, menyorok, takut disedari oleh pelajar lain. Iris masih lagi berwarna ungu cair...tiba-tiba lampu tandas tertutup...
Hakimi terkejut, terasa ingin membuka pintu , hanya sedikit cahaya daripada tingkap...keseluruhan tandas adalah gelap...segelap malam..cahaya ungu pada iris bagaikan harimau di waktu malam.
Danish membuka pintu tandas utama, dan masuk dengan berani meskipun tandas ini gelap.
"Aku tau kau dekat sini ! Keluar sekarang ! We need to talk !"
Danish sepak satu persatu pintu tandas, BUUSHSHH...BUUUSHSHH, mencari Hakimi...iris Danish kini berwarna kuning keemasan. Danish kini menyesal pindah sekolah ini, kalau sekelas dengan Hakimi, takut iris dia akan kekal keemasan sehinggalah mula berjauhan...
Semua pintu sudah disepak untuk diperiksa, kini tinggal satu sahaja lagi pintu...sementara itu, Hakimi tengah panik, kedengaran seperti suara orang yang dikenali, namun siapa ? Apa dia nak daeipada aku ?
Danish menendang kasar pintu terakhir...BUUUSHSH..!!!
BERSAMBUNG...
********
EXTRA INFORMATION :
- DANISH boleh hipnotize semua orang kecuali Hakimi dan Zul
- HAKIMI boleh show worst nightmare semua orang kecuali Danish dan Zul
- ZUL boleh melihat memori semua orang kecuali Hakimi dan Danish
- Kerana, virus mereka mempunyai hubungan dgn otak manusia, jadi bagaikan magnet sama kutub yang menghalang....
*******
RHANKZ 4 READING
HOPE GIV A LOT OF FEEDBACKS
#SMILE BABY
No comments:
Post a Comment