Tuesday, 29 December 2015

The Rune Stones: Battle Scars , Ep.10

LORONG KE RUMAH VILLA MASTER IKHMAL (2017)

"Mana ariana aku !"

Danish mengacukan pistol kearah adib. Kelihatan muka danish masam dan marah. Danish memandang tajam kearah dua anak mata adib.

"Aku kata..... MANA ARIANA AKU."
"Apa HANG buat kat dia petang tu HAH ! "- adib bersuara aggresif
"Tu bukan urusan kau.....JAWAB SOALAN AKU, mana ariana..."

Adib *brainstorm*, takkan la cik nak guna kuasa virus ni, aduh macam mana ni ? Berbisik adib dalam hati. Terdapat dua serigala di sisi danish, adib semakin gelabah, adakah danish juga sudah disuntik ? Apa kuasa dia jika ya ? Takkanlah komunikasi dengan haiwan ? Hipnotize benda hidup ke ?

"Open that shit mouth of yours and TELL ME !!"
"Jangan menyesal..."
"Hah ?"

Adib menarik nafas sedalamnya, lalu menghembusnnya dengan kuat kearah danish. Api biru keluar daripada mulut adib seperti naga...HAAAAAAAA, danish terkejut dan mengundur, tiba-tiba, kaki danish terlanggar akar pokok, danish jatuh dan kepalanya terhantuk kasar pada pokok. Danish pengsan, terdapat kesan darah kelihatan pada salji di sekeliling danish.

"Oh tidak.."

Adib menjadi gelabah sekali lagi, aduh...macam mana nak buat ni ? Berbisik adib di dalam hati, adib membuka bajunya lalu mengikat baju itudikepala danish, tujuannya bagi menghentikan penderahan.

"The cold never bothered me, sejak kena suntik, pelik..."

Adib mengangkat danish ,dalam kata lain, mengkendong danish pada belakang pinggangnya. Perjalanan ke villa master ikhmal mesti memakan masa, harap-harap danish tidak menjadi beban.

"Danish, cik tak tau apa hang buat kat ariana, tapi hang nak sangat jumpa dia kan, baiklah, cik buat ni demi ariana."

Adib pun mula berlari , lebih cepat sampai lebih bagus, adib tidak suka ariana dilukai, sejak berumur
7 tahun lagi, hati adib sudah menjadi milik ariana, namun dipendam selama ini, siapa tak terluka kalau tengok orang yang kita cintai bercinta dengan orang lain ? Adib tidak tahu apa yang ada pada danish takde pada dirinya...TAPI YANG PENTING, adib bencikan kehadiran danish yang memiliki hati ariana.

**********

BILIK ARIANA, VILLA MASTER IKHMAL

Master Ikhmal memegang lembut bahu Ariana, pelik dengan perangai anak tunggalnya yang murung,
sampaikan makanan pun tidak habis dimakan, sejak balik daripada hari terakhir persekolahan, air mata Ariana bagaikan air terjun. Kini Ariana sedang merenung ke luar tingkap biliknya...

"Patutnya, anak ayah ni *happy*, cuti sekolah ni , banyak aktiviti boleh buat."
"Sorry ayah, Ariana takde mood nak sembang dengan ayah"
"Masalah cinta ke ? Berapa kali ayah dah cakap, JANGAN.. kamu muda lagi, mental kamu tak bersedia lagi, tapi tak, kamu bercinta jugak, nilah padahnya."

Ariana berpaling, memandang ayahnya.

"Ayah, cinta tak mengenal usia, tapi...dia, lelaki tu dah mengkhianati Ariana ! "
"Kenapa hang tak bercinta dengan orang yang boleh dipercayai ! Tu, adib dan hakimi tu."
"Apa ?"

Tiba-tiba pintu diketuk, Ariana segera memandang keluar tingkap semula, sebab pertama, kerana keadaan Adib yang tidak berbaju, sebab kedua, *JANTAN* yang dikendong oleh Adib...

"Adib ? Siapa lelaki tu ?"
"Master Ikhmal, sorry menganggu, ibu bapa saya *outstation* ke Malaysia, jadi saya dan hakimi je dekat rumah."
"Adib, siapa lelaki itu ?"
"Danish, dia cedera, boleh tak rawat dia di sini ?"
"Ikut cik...."

Sebaik sahaja Master Ikhmal,Adib dan Danish keluar daripada bilik Ariana. Ariana segera menutup pintu biliknya. Lalu menangis...menangis sekuat hati, hanya orang pernah jatuh cinta sahaja mengetahui perasaan yang bagaikan MENGHIRIS hati ini. Bayangkan hati ini DIHIRIS , bayangkannya.

"Berhenti MENANGIS ! Jantan macam tu tak layak buat kau nangis ! Dia tal LAYAK. Manusia macam tu Tak LAYAK !"

*******************

BILIK DANISH , VILLA MASTER IKHMAL

Adib membaringkan danish pada katil lalu duduk di kerusi di tepi tingkap, manakala Master Ikhmal duduk di penjuru katil danish.

"Apa hubungan hang dengan dia ?"
"Depo serang cik tadi, entah dari mana tetiba timbul *tuinggg* gitu"
"Mana kembar hang ?"

Adib bangun dengan tangkas, baru teringat apa yang patut dilakukannya kini.

"Master, cik pergi dulu no..."
"Awat ? "
"Master, cik rasa hakimi-san dan emirun pergi jumpa uncle afiq "
"Apa !!?"

Master Ikhmal juga terkejut, nampaknya dua orang lagi menjadi mangsa Professor Afiq Amirullah..

"Adib, kamu kena CEPAT..CEPATT..!! "

***********

MAKMAL S.V.O,PROF.AFIQ AMIRULLAH, HOTEL KYOTO


Pintu lif dibuka, Emir segera bangun kembali, kelihatan makmal saintis yang sangat mengerikan. Hakimi dan Emir jalan kehadapan menuju kepada Prof.Afiq yang sedang menyuntik sesuatu ke urat saraf Zul...

"Macam mana Adib, harap sel badan dia tak mati akibat virus tu."
"Uncle Afiq ! What have you done to my twin !"

Tangan Hakimi bergetar, risau akan situasi kembarnya yang dikatakan boleh mati. Emir memandang tajam sekeliling. Tiba-tiba , Emir terlihat Luqman , mulutnya pucat bagai bulan purnama, Emir membuka mulut..

"Uncle Afiq Am. awat uncle ambik kawan-kawan seumur kami, cheq perasan setakat ni, semua umur sama, kecuali Zul, depa adik Danish. "-Emir memandang keliru kepada Prof.Afiq
"Memerlukan D.N.A. dan umur yang sesuai, tuahnya tak payah saya nak cari lama-lama"
"Uncle ?"-Emir masih keliru
"Pulihkan kembar AKU SEKARANG !"-Hakimi menahan amarahnya

Prof.Afiq berpaling dan mengacukan pistol lalu tembak pada kaki kanan Hakimi.BAAM. Hakimi terjatuh pada lantai, berlumuran darah keluar daripada kaki Hakimi.Air mata kesakitan keluar tanpa sengaja.

"AAAAAARRRGGGH"

Emir menjadi takut. Tidak lama kemudian, Emir terpengsan akibat ketakutan. Prof.Afiq menghampiri Hakimi dan Emir yang jelas terpengsan, semakin langkah menghampiri, kepala Hakimi seakan berputar, kepala menjadi berat, penglihatan menjadi kabur, akhirnya Hakimi terpengsan dalam keterpaksaan. Prof.Afiq memandang Emir dan Hakimi..

"Korang adalah D.S.N. yang seterusnya"

*******
VILLA MASTER IKHMAL (8.30 mlm)

"Macam mana ni master, Emirun dan kimi-san dah hilang dua hari...DUA HARI, polis pun tak jumpa.."
"Adib...bawa bersabar, malam ni ibu bapa kamu balik kan ?"
"Ye tapii...."
"Awat congak tang tu, BLAH HANG !"

Adib memandang sekilas Ariana, lalu segera pulang ke rumah selepas menghadiahkan senyuman kepada Master Ikhmal. Malam itu 1001 soalan ditanya oleh ibu bapa Adib, dan malam diakhiri dengan air mata, Adib tidak sanggup merasai kehilanganlagi...ketika di bilik tidur...

"My twin, don't leave your bro..."

Adib memeluk erat loket persahabatan antara kembarnya dan dia. Lalu tidur berseorangan dalam bilik ini ,buat pertama kalinya...

(5.30 PAGI)

Adib membuka mata, pelik dengan keadaan sekeliling yang cerah dan panas.Nafas menjadi sesak, bau seperti asap...

"Apa ? What !! "

Bilik Adib sedang dijilat oleh api....ON FIRE !

"Tolong ! Tolong ! Jap, umi ! Ayah !"

Sudah tiada pilihan lain, Adib terpaksa guna kebolehannya untuk *control* api yang membara ini.
Adib berlari sekuat hati. Menaik atas tangga menuju ke bilik ibu bapanya. Nafas ditarik, jantung berdegup sekencangnya akibat berlari secara drastik...Adib menedang kuat pintu bilik..BUUUSSHH
pintu terbuka luas, Adib cuba mencari kelibat orang tuanya...kelihatan dua orang tuannya terpengsan.

"Oh tidak....umi ! Ayah !! "

Adib segera mendamping ibu bapanya , apabila mahu melangkah keluar daripada bilik...*CRASH*
Adib berpatah balik selangkah, atap kayu hampir membunuhnya sebentar tadi...kepala dipalingkan kearah tingkap...

"Wahai salji, tolonglah bermanfaat buatku SEKARANG !"

Langkah dimulakan, sukar untuk berjalan dengan cepat, nafas menjadi semakin sesak, kepala menjadi berat...adakah oksigen sudah kehabisan ? Adib tetap teguh. Melangkah meskipun kakinya dirasai *CRAMP*, petanda oksigen tidak cukup...

"Please....please....sikit je lagi.."

Sebaik sahaja sampai di tingkap bilik, Adib pengsan...*PEEESHHH* , kaca tingkap pecah... Adib bersama ibu bapanya , jatuh serentak pada timbunan salji...

"Anak mama kena tabah tau...hidup ni...ada..bisa yang..."

Tidak sempat ayat dihabiskan, ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir...

*******
END OF CHAPTER 10...
THANKZ FOR SUPPORTING TRS:BS
#FIGHTING




No comments:

Post a Comment