Tuesday, 29 December 2015

The Rune Stones: Battle Scars, Ep.14



CLASS 5-1 , KYOTO HIGH


Terdapat api pada kertas ujian Adib ! Dalam sekelip mata , air jatuh bagaikan hujan daripada siling kelas.....PUUSSHHHHH.....PUUUUUSHSHSHHSH...Semua pelajar mula kecoh kerana kertas ujian mereka basah, termasuk diri mereka sendiri...KEBASAHAN !

"Semua PELAJAR SENYAP ! SAYA NAK KAMU KELUAR DARIPADA KELAS NI SEKARANG"

Suara Miss Shin lantang bergema di dalam kelas, semua orang keluar atas arahan Miss Shin. Ketika di luar kelas, Jaris bertanya kepada Adib dengan nada tidak puas hati..

"Kau ni dah kenapa ? Aku ulang kaji susah payah semalam !"
"Sorry Jaris....cheq nervous sangat tadi sampai tak sedar..."
"Elok sangat la tu, sekarang kena buat balik ujian tu, I HATE EXAMS ! "

Miss Shin membuat pengumuman..

"Kamu semua boleh balik awal hari ini..esok kamu sambung ujian ye !"
"Baik cikgu"

Semua orang berkata dengan nada suara *fade up*...lalu memulakan langkah ke rumah
masing-masing.

********

HARI TERAKHIR MINGGU UJIAN PERCUBAAN S.P.J.


Kertas TERAKHIR adalah subjek Biologi ! Semua orang sedang tekun menjawab kertas ujian
masing-masing, namun tiada sesiapa yang tahu bahawa Danish sedang bermain kotor dalam ujian...
Kebolehan untuk membaca fikiran orang lain....memudahkan kertas ujian dijawab. Kini Danish sedang membaca fikiran Zaki....

"(Zaki....spender..the spender.......)"- suara Danish kedengaran di dalam otak Zaki...
"Weh....jangan kacau aku boleh tak.."-Zaki bersuara halus...

Danish berubah kepada Pejo.

"(Pejo.....underwear.....the underwear.....)"
"Pasal kau ni ? Jangan cemarkan OTAK aku, blah....sana, buat exam...aku nak fokus."

Danish berubah pada Emir....

"(Emir.....pakai boxer tak mu hari ni....)"
"Danish ? Apa jawapan soalan nombor 18, yang gambar nyamuk tu.."
"(Darah *AB*, senang je la soalan dia...)"

Danish mula rasa bosan, semua soalan sudah dijawapnya....kalau tidur, nanti Sir Salman marah...nak baca otak Ariana, dia duduk sebelah dengan Hakimi, jadi tak boleh nak baca...

22 MINIT KEMUDIAN...

"Baiklah ! Pencils down ! Jauhkan diri anda daripada kertas ujian ! "

Semua orang berhenti dan menutup kertas ujian masing-masing...Sir Salman mengutip satu-persatu, setelah selesai mengutip kertas ujian...loceng berbunyi..KRIIIIIGGGG, menandakan bahawa persekolahan sudah habis untuk hari ini...

"Kimi-san ! Jangan lupa letak sajak *The Michingun*, aku dalam majalah sekolah bulan ni.."
"Tengok lah saingan bulan ni dahsyat ke tak, sajak budak kelas sebelah saingan kau....haha "

Hakimi menepuk bahu Zaki beberapa kali, lalu keluar daripada kelas bersama Najmie, menuju ke perpustakaan untuk memulangkan buku yang dipinjam minggu lepas...Adib balik ke rumah bersama Ariana...manakala yang lain menuju ke rumah masing-masing...Setibanya di perpustakaan..

"Weh , Najmie...pintu berkunci lah...peliknya ! Tak pernah-pernah pun.."
"Bagi aku telefon Abang Luhan jap.."

Najmie mendail nombor Abang Luhan beberapa kali, namun tidak diangkat...tiba-tiba satu mesej masuk ke telefon HUAWEI Najmie...Najmie pun membaca mesej itu..

"Kepada Najmie : Abang Luhan balik awal tadi, sorry, malam ni Abang datang okay.."

Serentak dengan itu, satu mesej masuk ke telefon HUAWEI Hakimi...mesej dibaca.

"Locker Gym , 033....From : S.V.O."

Hakimi mengendahkan mesej itu, langkah ke rumah dimulakan bersama Najmie , setelah sampai di pagar sekolah...

"Najmie, hangpa balik dulu, cheq nak pi kelas sat, tertinggal barang"
"Bye..kimi ! "

Usai bersalaman, Najmie pun beredar....Hakimi memulakan langkah ke *gym* sekolah, setelah tiba, Hakimi mencari lokcer 033...setelah dijumpai, kelihatan locker berwarna maroon dengan jaluran warna keemasan. Locker itu cuba dibuka...

"Haih ? Tak berkunci ? "

Locker itu kosong, hanya terdapat sepucuk surat di dalamnya...surat dibuka...Hakimi mula membaca.

*Daun luruh diterbalikkan arah, putih secerah berlian, biologi asas kemanusiaan... *

"Amboi ayat...."

Kertas dipusingkan...

*Tonight, 9 p.m. ,Library, Take only what you need, But never from GREED...*

******

PERPUSTAKAAN, KYOTO HIGH

Hakimi dan Adib berdiri di hadapan pintu masuk perpustakaan, tombol pintu dipusingkan..nampaknya tidak berkunci...lampu dibuka bagi mencerahkan suasana...

"Twin, baca balik ayat dia..."
"Daun luruh diterbalikkan arah, putih secerah berlian,biologi asas kemanusiaan..pelik la ayat dia.."
"Biologi asas kemanusiaan ? Jom periksa rak buku biologi.."

Hakimi dan Adib berjalan di sana sini, mencari rak biologi, terasa bagaikan *maze*, perpustakaan sekolah ini merupakan perpustakaan terbesar di daerah Kyoto. Setelah 15 minit mencari, akhirnya mereka menemui rak biologi...rak itu diperbuat daripada kayu jati...namun..banyak sarang
 labah-labah, seram mula menghadiri di hati Adib dan Hakimi.

"Kimi-san, baca ayat seterusnya.."
"Daun luruh diterbalikkan, maksudnya, buku tu mesti ada kat aras paling atas sekali rak ni."
"Meh, cheq nak diri kat bahu hang.."

Adib memanjat badan Hakimi, kini kedua belah kaki Adib berada di bahu Hakimi...

"Cepatla cari buku tu ! Awat hang berat ni...makan aiskrim eh."
"Sabar ye...baca ayat dia"
"Putih secerah berlian ! "

Adib *scan*, lalu mengambil satu buku yang berwarna putih...lantas lompat ke lantai daripada bahu Hakimi...buku bermuka surat 3000 muka surat dibuka...muka surat buku itu sudah ditebuk...kelihatan dua batu yang ada simbol yang aneh.

"Adib! Ni batu rune ! S.V.O. nak kita ambil kot ?"
"Wow...cantiknya batu ni..."

Tiba-tiba semua lampu perpustakaan tertutup, Adib segera memeluk erat Hakimi...

"Ish, awat hang ni lepaslah !!"
"Takutlah..."

Kedengaran seperti beberapa buku jatuh...KEESSH KEESH...

"Siapa tu ?"

Hakimi dan Adib berkata serentak dengan nada ketakutan.

TO BE CONTINUED...
*********
THANKZ FOR READING
TERUTAMANYA PADA YG SETIA !
SUPPORT FOR NEXT EP. K...^_^

No comments:

Post a Comment