Saturday, 26 December 2015

The Invaders : Ubi (Chapter 4)

Kamil merasai hangat serpihan cahaya yang menusuk matanya yang masih kabur.
"Argh" Kamil dapat merasakan kesakitan yang melekat pada tangan kirinya.
Dia dapat melihat beberapa orang yang terbaring. Masih bernafas.
Perlahan-lahan dia bangun mengenepikan rasa sakitnya. Dia cuba bergerak ke arah mereka yang masih terbaring.
"Mak cik? Mak cik!" dia menggoyangkan sedikit badan seorang wanita separuh abad itu.
Mak cik tersebut membuka matanya dengan perlahan.
"Mak cik tak apa-apa?" tanya Kamil memastikan.
"Tolong anak mak cik tu" bangunnya sambil menunjuk ke arah satu susuk tubuh kanak-kanak
Kamil merapati budak tersebut lalu menekan pergelangan tangannya.
"Macam mana dengan anak mak cik?" tanyanya membina harapan.
Kamil hanya mampu menggeleng menghancurkan harapan wanita tesebut. 
Kelihatan kesedihan menitis daripada air muka mak cik tersebut apabila melihat anaknya dalam sedemikian rupa.
Mereka berada di dalam bangunan yang telah separuh runtuh sebelum Kamil merasai sedikit gegaran daripada derianya yang tajam.
Kamil terasa dirinya terlalu cekap. Seperti sekelilingnya mejadi perlahan. 
Sekelip mata mereka bertiga; Kamil, mak cik tersebut serta mayat anaknya telah berada diluar bangunan tersebut.
Mak cik tersebut terpaku melihat Kamil
"Macam mana..." belum sempat ayat wanita tersebut dihabiskan, mereka  terdengar jeritan daripada jauh.
"Hey!" kelihatan satu susuk tubuh bersenjata dari jauh memanggil mereka.
Belum sempat Kamil meneliti wajah lelaki tersebut, kepalanya tidak mengizinkan pandangan.
Dia pengsan.


"Sarjan betul pasti ke nak pergi sekali ni?" tanya Shaqir sambil menggalas senjata yang kelihatan besar, tetapi ringan.
"Kenapa awak tanya? Salah ke saya nak berjuang sekali?" jawab Sarjan sambil menyarung Sut Tempur.
"Tak la salah sarjan. Tapi macam mana kalau tuan gugur? Siapa yang nak memimpin?" tanya Shaqir dengan prihatin.
"Kan ramai lagi pemimpin yang berwibawa dalam tentera kita. Lagi pun, saya sendiri pun memerlukan pengalaman melihat pertempuran untuk melakar strategi" Sarjan memberi sebab.
"Tapi sarjan..." Shaqir tak terkata.
Sarjan hanya senyum sambil berlalu ke arah pintu.
Shaqir hanya menggeleng.


Mefa sedang meneliti komponen maklumat yang terpapar pada skrin meja dihadapannya.
"Mengapa masih tidak menemui apa apa?" katanya dengan nada yang tinggi.
"Kami sudah mengambil setiap satu butiran data daripada tentera tentang penggalian tersebut"
terang Prof Pejo.
"Jadi mengapa masih tidak bertembung dengan sebarang hasil?" tanya Mefa.
"Kami sendiri pun tak tau tuan" terang Prof Pejo dengan nada rendah.
"Kita perlukan bahan tu secepat mungkin. Kalau tak, kita tidak akan mampu mencipta Link. Kau pun tahu betapa penting dan berkuasa benda tu kan?" kata Mefa dengan nada yang sedikit tenang.
"Ya. Saya tahu tuan" jawab Prof Pejo.
"Kau juga tahu aku hanya perlu menekan satu butang untuk menghancurkan hidup kau, wahai Professor Faizul Iqbal" gertak Mefa.
"Ya. Saya tahu tuan"

End of Chapter 4
By : Salman

Wednesday, 23 December 2015

World of Dream,eps 8



Suasana yang sangat tegang.Atmosfera dipenuhi dengan kemarahan dan kehormatan.Kemarahan kepada seorang insan yang hanya menurut perintah raja.Dan juga kehormatan dan juga adab yang perlu dijaga sebagai tetamu.Perasaan Namito bergolak dan bercelaru.Walaupun  begitu,semua perasaan itu dipendam dan disorok dengan muka yang gembira menikmati jamuan yang tersedia.

Vilance iaitu anak kepada Nek Clo turut bersama menjamu hidangan itu.Namun,di sudut hatinya dia berasa sangat bersalah terhadap Namito.Kemarahan Namito terhadap dirinya dapat dirasakan.Walaupun suasana diam dan aman,namun hati masing-masing bagai langit yang sedang berguruh.

Kling!

Satu bunyi datang dari dapur.

“Haaaa....dah siap dah tu ayam belanda kita....jap nek ambikkan yer”.Kata Nek Clo lalu berangkat ke dapur meninggalkan mereka berdua...

Satu renungan tajam hinggap ke Vilance.Kemarahan yang membuak­-buak yang sangat  hendak dilepaskan.Seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus.

”Gulp...pehal pulak budak ni pandang aku gitu...”bisik hati Vilance.

“Arghhhhhhh!!!!!!!”.Namito bangun dari tempat duduknya.

Hanya berbekalkan sudu di tangannnya,Namito menyerang Sir Vilance.Tetapi,sebagai seorang pahlawan,cabaran ini harus juga disahut oleh Vilance.Tangkas tangannya menggapai pinggan kayu di depannya lalu dijadikan pertahanan.Perlawanan yang sangat hebat telah tercetus di ruang makan pondok usang itu.
Gelas dibaling,pinggan dijadikan bahan melontar seperti acara melempar cakera.Kecoh.Chaos.Di luar kawalan.

Tapi dalam sekelip mata.Segalanya berhenti bergerak.Segala objek balingan terapung di awang-awangan.Seperti masa berhenti.Cuma kali ini,Namito dan Vilance masih sedar dan dapat memerhati apa yang telah terjadi.Nenek Clover hanya tersenyum memandang mereka.Di bahu kirinya,terdapat seekor ayam belanda yang sudah siap dipanggang terapung dengan sendiri.

“Haihhhhh...... baru tinggal sekejap dah huru-hara cam bumi nak kiamat....”.Nek Clo mengeluh sebelum memetik jarinya.

Segala apa yang terapung tadi mula bergerak dan kembali ke tempat asal.Malah sup yang tumpah juga turut terapung dan masuk kembali ke dalam mangkuknya.Namito dan Vilance juga terduduk dengan sendiri di tempat duduk masing-masing.

“Hahaha...kan molek macam ni...dah dah jom sambung makan malam kita.”.Arah Nek Clo.

Mereka hanya menurut perintah.Barangkali tidak sanggup  melihat apa yang boleh dilakukan oleh orang tua itu.Suasana kembali tenang dan senyap.Menyambung makan malam yang belum dihabiskan lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Tarik perlahan­-lahan....kuat tapi stabil...mata ke depan....bayangkan yang kamu adalah mata anak panah...jadi kamu dapat lihat ke mana akan kamu pergi....tarik nafas dalam-dalam....dan lepaskan!”.

Sebatang anak panah terbang dengan laju.Lurus dan tepat.Menuju hanya satu destinasi.Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh orang yang memegang busur panah.

Kecakk!!

Mata anak panah terbenam tepat ke kawasan merah.Bidikan yang tepat sekali.
Cuma...

Anak panah terpacak di kawasan merah milik Leonardou.Gantruis hanya menayangkan senyuman innocent kepada Vilance.

“Hehehehe....saya memang nak panah situpun...”.Gantruis membela dirinya.

“Ahhhh...emmm kamu berlatih lagilah yer...tak lama kenalah tu...berlatih lagi tau...jangan putus asa..hehehe”.Sir Vilance hanya tersenyum plastik dan menepuk belakang Gantruis.Lalu,memulakan langkah ke arah Leo.

“Tenang...mata ke depan....bayangkan aku adalah mata anak panah...tarik nafas dalam-dalam...dan lepaskan”.Tenang dan yakin.Leo melepaskan anak panahnya mengikut segala apa yang telah diajarkan kepadanya.

Seperti yang dijangkakan.Bidikannya tepat sekali.

“Yes!...oh yeahhh....hahahahahahaha...akulah Leo the Scarlet Moon Knight!!!...wahahahaha..”

Kebishhh!!!!

Satu tumbukan hinggap di atas kepalanya.

“Seorang pahlawan tak pernah gelak macam tu...jangan berani kau gelar diri kau seorang pahlawan jika tidak dapat menguasai itu”.Kata Vilance menahan geramnya.

“Huhuhuhuhu...yelahhh”.Leo menahan kesakitan.

Gantruis hanya memandang mereka dengan perasaan yang sukar dijelaskan.Merasakan dirinya dipulaukan dan tidak diperlukan.Barangkali sejarah mereka bertiga:Haruka,Leonardou dan Gantruis,yang membesar sama-sama sebagai anak yatim.Menghabiskan sebahagian hidup mereka berkongsi tempat tidur,makanan,kegembiraan,kesedihan,hampir segalanya.Gantruis hanya memendam perasaannya.

Pada masa yang sama,tidak jauh dari situ,hanya beberapa meter,terdapt sebatang sungai.Di situ,kelihatan Haruka sedang berlatih Aqua Art.Satu seni memanipulasi air.Di sampingnya,kelihatan Nek Clo memberi tunjuk ajar.

“Tenang...bagaikan air yang memaparkan pantulan....jika bergelora pantulan takkan wujud...rasai setiap pergerakannya....tunggu sehingga ‘ia’ bersedia...dan lepaskan perlahan-perlahan..”.Nek Clo membimbing Haruka.

“Tenang...rasainya...dan lepaskan perlahan-perlahan...”.Haruka berbisik sebelum menggerakkan tangannya lembut ke depan.

Tapi...

Aqua Art yang terhasil sangat besar!Seperti tsunami!Memukul tebingan dengan ganas.

Melihat keadaan itu,Nek Clo kehairanan.Bagaimana seorang budak perempuan dapat menghasilkan art sedemikian besar walaupun dalam percubaan pertamanya.

“Wau...nek takde apa-apa nak cakap...kamu sangat berbakat dalam bidang ini Haruka...jadi nek akan membantu kamu memperhaluskan art kamu...menjadi Aqua Drawer paling hebat dalam Dreamland!!...Hahahahaha”.Nek Clo kelihatan sungguh teruja dan gembira.

“Haha...terima kasih nek...Haruka janji takkan kecewakan nenek!”.Haruka berkata dengan penuh keazaman.

Continued....

##################################################

Mere information about character:

Vilance:
Seorang knight yang mempunyai parut di mata kirinya.Telah menjadi seorang Royal Knight pada umur 19 tahun.Mempunyai swordmanship dan archery yang sangat menakjubkan.Telah menyelamatkan Leo dan rakannya ketika berusia 22 tahun.Bertemu dengan Namito ketika usia 34 tahun,memegang jawatan General of Royal Black Battalion ketika itu.Merupakan anak angkat kepada Nek Clo.Ibu bapanya mati dalam satu serangan ketika peperangan dulu.

Leonardou,Gantruis dan Haruka:

Berumur 10 tahun ketika diselamatkan oleh Sir Vilance.Menghabiskan hidup mereka berulang-alik dari Dreamland ke Driekanland(Bumi).Telah menerima latihan dari Vilance dan Nek Clo.Merupakan anak yatim dari kecil.

Leo: Merupakan anak murid kepada Vilance.Mempunyai bakat dalam seni tempur.Walaupun   perangainya tidak menunjukkan dia layak menerima bakat itu.Mempunyai kesungguhan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Gantruis: Menerima latihan darpada Vilance.Mempunyai semangat yang tinggi walaupun tidak berbakat dalam seni tempur.Sangat menghargai rakannya.

Haruka: Menerima latihan daripada Nek Clo.Sangat berbakat dalam Aqua Art.

Namito: Berumur 14 tahun ketika dibuang dari kampung dan bertemu Vilance.

Nek Clo:
Nama: -
Umur: -
 Seorang ahli sihir yang mahir dalam pelbagai Art.Telah mengambil Vilance sebagai anak angkatnya


By:MeFA

Monday, 21 December 2015

World of Dream,eps 7



Satu dunia yang gelap gelita.Suasananya  seperti malam yang sepi.Hanya satu batang jalan yang tiada penghujung menghiasi.Kelihatan Namito sedang berlari,tidak,lebih kepada sedang mengejar sesuatu.

'Arghhh....sikit lagi..sikit lagi!'Ronta Namito termengah-termengah berlari.

Di hujung jalan itu.Terdapat satu cahaya berupa seorang wanita.Hanya berdiri tegak.Seperti menunggu sesuatu,atau mungkin seseorang.

Namito pula seperti tidak merasa lelah.Apa yang dikejarnya itu seolah seseorang yang sangat bermakna dalam hidupnya.

'Ibu...ibu...ibu!!!...Tunggu Nami!!'

Namun begitu.Setiap langkah yang dibuat menuju ibunya hanyalah membuatkan jarak mereka lebih jauh.Ibunya semakin jauh.Langkahnya semakin lemah.Pernafasannya semakin laju seakan hendak meletup.

Akhirnya...

Namito tersungkur.Tertiarap di atas jalan di sebuah dunia asing.Dia bangkit perlahan-lahan.Baki tenaganya digunakan untuk membangunkan dirinya yang keletihan.

Akhirnya dia terduduk.Air mata mulai keluar.Tertunduk hiba.

'Kenapa..kenapa...kenapa aku sangat lemah masa tu...kenapa aku hanya mampu melihat...ibuku...ibuku dibakar hidup-hidup....'

Dia mendongak.Mata dihadapkan ke langit yang hitam itu.Air mata semakin laju.Mulut perlahan dibuka...seakan ada yang tersemat di hati yang ingin dilafazkan...

'IBUUU!!!!'

-----------------------------------------------

'Arghhhhhh!!!' Namito terjaga dari mimpinya.

'Hah...eh?...Aku kat mana ni?..'Namito kehairanan kerana dia bangun di sebuah pondok usang.Perkara terakhir yang diingat adalah sekelilingnya dipenuhi asap disebabkan sekeping syiling yang jatuh ke tanah.

Dia mengorak langkah keluar dari pondok itu.

Kelihatan seorang nenek sedang duduk di bangku.Tubuhnya dihadapkan ke arah matahari yang sedang terbenam itu.Biru,mendung,dan sungguh menenangkan.Di sebelahnya terdapat secawan teh yang masih aktif mengeluarkan wap panas.Barangkali masih baru direneh.

'Eh..cam kenal je nenek ni..hmm..'Namito menghampiri nenek itu.

'Haha...masih teringatkan ibu kamu ke..'nenek itu tiba-tiba membuka bicara.

'Eh?...Macam mana nek tahu..'Namito kehairanan.

Langkah diorak menghampiri nenek itu sebelum melabuhkan punggungnya di bersebelahannya.

'Hehe..aishhh..nenek ni dah tua..nampak sangat luka kamu tu...dalam jugak tu..'kata nenek itu mesra sambil tersenyum.

'Ha??..luka??..yang mana satu ni??...'

'Haha..tu kat dalam tu..'nenek itu tersenyum lalu meletakkan tangannya lembut di dada Namito.

'Owhh..luka ni ke..hehe..camna nek tahu?..'

'Haha...nek tahu lah...dah mata kamu cakap kat nenek..'balasnya tersenyum.

'Gulp..bila pulak ko tengok mata aku ni..'katanya di dalam hati.

'Haha...dahlah tu..jom masuk dalam...kita makan....nanti anak nenek datang...'balas nenek itu sebaik menyedari Namito dalam keanehan.

Mereka mula beransur masuk ke dalam pondok yang serba kekurangan itu.Tapi ruang didalam terasa lebih besar berbanding rupa luarannya.Meninggalkan cawan berisi teh yang masih panas itu.

'Emm..nek?...Apa nama nenek yer?..'

'Haha...entahlah cu...lupa dah..hehe..panggil je Nek Clo...'balas Nek Clo.

'Owhh..baiklah nek...eh maksud saya..Nek Clo..hahaha..'

'Hahaha..yelah cu..'

*********************************

'Eh....apa semua ni cik Neva...mana ayah Zuya nyer...pasal cik Neva tak penah pun tunjuk tempat ni kat Zuya?!..'Zuya kehairanan.

'Haihhh...macam mana nak cakap yer...'Cik Neva mengeluh ringan.'Ni ada benda cik nak tunjuk ni..'Tangannya dialihkan ke papan kekunci yang berada di situ.Jarinya mula menekan laju butang-butang yang berada di situ.

Tidak lama kemudian.Monitor besar tadi memaparkan wajah seseorang.Sedikit berkumis.Umurnya lingkungan 30-an.Memenuhi monitor itu.Dari melihat matanya saja sudah kelihatan kesedihan yang tersorok di sebalik senyumannya yang manis.Mulutnya mula dibuka.

“Yo!Apa khabar!Hahaha….emm ...kalau kau sedang tengok video ini….emm…maksudnya kau sudah cukup besar untuk mengetahuinya.Zuya,aku tahu kau mesti pelik kenapa tiba-tiba kena tengok muka mamat ni kan…..hahaha..(mengesat air matanya yang mula jatuh)…hahaha…masuk habuk pula mata ni…emm baiklah kita masuk kepada tajuk kita…kenalkan nama aku Leonardou…salah seorang daripada pencipta program World of Dream…yupe makmal yang kau sedang berdiri ni sebenarnya adalah HQ projek kami.Dalam program ini,kami bertiga telah mencipta ‘jalan masuk’ alternatif…yang membenarkan kami masuk ke sebuah dunia…yang kami tidak sengaja menjumpainya lebih kurang 30 lepas…. tanpa coin’s blessing.(menunjukkan sekeping syiling lama)…Nampak syiling ni,syiling buruk ni sebenarnya adalah kunci untuk masuk ke dunia itu…tanpa syiling ni,kau takkan dapat masuk dunia itu….Oleh itu,kami telah mencipta jalan masuk baru.Dengan itu,masuk ke dunia itu akhirnya boleh dilakukan oleh sesiapa pun.Yupe,termasuk kau Zuya.Hahaha…(senyum,untuk menyembunyikan kesedihannya)”

*skrin mula glinching sebelum terpadam

“Eh??....takkan tu je??…kenapa dia nangis??...sapa dia cik Neva??”.Zuya masih belum memahami situasi yang dihadapinya.

“Hahaha…jap jap..”.Minerva menekan sekali lagi papan kekunci.Memaparkan sebuah video lagi.

Zuya memandang monitor itu dengan penuh sifat ingin tahu.Seperti menunggu sesuatu untuk dilafazkan oleh pemuda tadi.

Video dipaparkan memperlihatkan pemuda tadi.Cuma kali ini kumis dipotong rapi.Menampakkan wajah sebenarnya.Kalau ditatap lama-lama.Mukanya sedikit iras Zuya yang telah mencapai usia remaja.

“Hai!...Kau tak kenal lagi ke aku ni.Hahahaha….tapi nama aku tahu dah kan?...emm…baiklah Zuya…ada sedikit sejarah hidup tentang kita perlu diberitahu.Haihhh…aku sebenarnya ayah kau…yupe mamat yang kau sedang lihat ini adalah ayah… kepada kau..hahaha(mula mengesat air matanya yang jatuh)…maafkan ayah kerana tidak dapat berada di samping kau…selama ini…selama kau hidup…selama kau sedih,gembira…selama kau susah,senang..selama kau merasakan kenapa tiada seorang ayah di sisi kau…bimbing kau,pujuk kau,beri hadiah pada kau…(menangis teresak-esak)…maafkan ayah kerana tidak menemani kau semasa tidur,pimpin tangan kau semasa pergi ke sekolah buat kali pertama,mendengar kau membaca untuk kali pertama….(mulutnya ditutup,matanya dipejam,menangis)….Zuya aku nak kau tahu ni…ayah sangat sangat rindu kau…hahaha…haishh…macam manalah muka kau sekarang…teringin sangat nak tengok…emmm…sebelum ayah terlupa…Happy Birthday!!..Zuya ayah sangat rindukan kamu…”

*Skrin tepadam

Meninggalkan Zuya yang masih terpana.Kerinduan hatinya tidak dapat dibendung lagi.Keperitan hatinya diterjemahkan oleh air mata yang semakin laju membasahi pipinya.Menakap wajah.Jatuh.Terduduk.Lemah.Sakit.Hiba…

Melihat keadaan Zuya,Minerva buat keputusan untuk melakukan apa yang seorang ibu akan lakukan.Tangannya diletakkan di belakang badan Zuya.Dipeluk kemas.Turut menangis apabila Zuya berpelakuan begitu.Seperti mereka berkongsi keperitan yang sama.

………………..

*********************************************

Di dapur usang pondok Nek Clo..

“Emm….kita nak masak apa ni nek?”

“Haihh…tengok jelah…hehe”

“Tengok?Takkan nak tengok je nek…saya kenalah tolong nek masak jugak..”

“Hahaha…takyahhhh…hehe”

Nek Clo diangkatkan.Sejalur debu mengikut gerakan tangannya.Tangan digerakkan lagi.Dapur seakan hidup.Api ternyala.Pinggan mangkuk terapung.Pisau keluar dari sarungnya.Periuk diisi air.Tangsn digerakkan lagi.Kali ini seekor ayam datang.Asap menyalutinya.Selepas beberapa ketika,ayam yang sudah dibuang bulunya tersedia.

“Wau!!...itu pelik tapi awesome!!.hahaha”.Namito dalam ketakjuban.Mungkin kali pertama melihat keajaiban di depan matanya.

Tangan digerakkan lagi.Mengerakkan sebahagian objek lain di dapur itu.Proses diteruskan.Hanya tangan Nek Clo yang membuat kerja.

Tiba¬-tiba pintu diketuk.

”Haaa..tu kamu boleh tolong nenek…hehehe”.Kata Nek Clo.

Namito hanya tesenyum mengerti apa yang dimaksudkan wanita berusia itu.Namito mula bergerak ke pintu.Hatinya penuh dengan teruja.Barankali tidak sabar melihat anak nenek itu.Namun sebaik pintu dibuka.Sekujur  tubuh gagah perkasa menunggu.Wajahnya ditatap.

”Kau…kau…kau bukan knight yang datang ke kampung aku ke dulu??!!”

“Gulp...yupe,Sir Vilance sedia berkhidmat”.Vilance hanya tersenyum pahit.

Continued…..

######################################


Hahahaha…sory gais,eps kali ni pjg sikit…hehehe…njoy tau.

By:MeFA

Sunday, 20 December 2015

World of Dream,eps 6



Di sebuah hutan yang gelita.Terdapat empat orang sedang mengelilingi unggun api.Walaupun tidak marak tapi cukup untuk menghangatkan badan mereka.

'So...sapa abang ni?..Kenapa pakai cam pahlawan je?..'soal Gantruis.

'Ha?...emm..haihhh...esoklah abang citer k..lagipun bukan senang nak terangkan ni....emm ajak kawan-kawan ko masuk tidur...dah nak tengah malam ni...'balas knight yang telah menyelamatkan mereka bertiga dari harimau putih petang tadi.
---------------------------------------------

Namun setelah membunuh harimau itu budak bertiga itu pengsan.Sebab itu knight tersebut membuat keputusan untuk membina kem sementara untuk mereka bermalam.Cukuplah sehingga mereka tersedar.

Setelah beberapa jam barulah mereka sedar dan Gantruis terus menanyakan soalan itu kepada knight.Walaupun begitu,itu tidak berlaku kepada Leo dan Haruka.Sebaliknya mereka memilih untuk bermain api dan bayang-bayang.

-----------------------------------------------

'Haihh...yela abang..emm..korang!!Dahlah tu!!Pi masuk tido nuh!!'Gantruis menerima sahaja arahan knight itu.

'Alaaaa.....dah nak tido ke...huhuhu'balas Leo yang berperangai agak kebudakan.

'Arghh..cara apa aku!..jom tido!'Gantruis

'Hahahaha..jomlah Leo...jom tido..Uka ngantuklah'Haruka.

'Hmmm...yelaaaaa'Leo

Mereka pun bermalam lah kat situ.Kalau ikutkan sejarah,inilah kali pertama mereka melelapkan mata di hutan.

'Haha....tido pun diorang...'kata knight itu tersenyum masih terjaga untuk menjaga kem pada malam itu.

Beberapa jam kemudian...


Kokokokok!!!

'Ahhh..dah pagi ker..tak tahu plak dalam hutan ni ada ayam..haihhh...kena kejut diorang ni..'bisik knight itu.

'Dah..dah..bangun..bangun..nak tengahari dah ni..'kejut knight itu sambil menyelak daun muka khemah mereka.Namun,hanya alas tidur mereka yang dijumpai.

'Eh??...Mana pulak diorang pergi ni?'keluh knight itu.

'Hehehe...Arghhhh!!'Gantruis yang menyorok di atas pokok sejak dari tadi terjun menerpa knight yang terpinga-terpinga tadi.

Kebushhh!!!

Satu tumbukan tepat hinggap di muka Gantruis yang masih terapung di udara.

'Hahahahaha..good try'

'Aduhhh...'

Leo dan Haruka pula keluar dari celah-celah semak yang menjadi  tempat penyembunyian mereka sambil tersengih.

'Hahaha..tengoklah budak tu..'Leo

'Haihh ko ni Gant..'Haruka

'Hm...biarlah...sekurang nya aku mencuba..'balas Gantruis.

'Hahaha..dah dah..jom ikut abang..ade benda sikit nak tunjuk..'kata knight itu lalu membawa mereka  jauh ke dalam hutan.

Selepas beberapa ketika...

Menunggu mereka adalah sebuah gerbang yang dibentuk oleh akar-akar pokok yang membentuk sebuah portal seakan bentuk hati.

'Eh??Apa ni???...'hanya Gantruis mampu mengeluarkan kata-kata manakala dua lagi rakannya hanya terlopong lebih-lebih lagi Leo.

'Haha..mana syiling ko jumpa tadi?..Bak sini jap..'pinta knight itu.

Syiling diberi.Lalu diletakkan betul-betul pada muka gerbang itu.Dilepaskan.Terapung.Seperti terapungnya daun di atas air.Cuma kali ini ia adalah syiling dan bukan air yang menerapungkan nya.

Perlahan-perlahan muka portal itu terselak.Menampakkan satu dunia yang lain.Lama-kelamaan portal itu terbuka sepenuhnya.Syiling yang terapung tadi terus jatuh sebaik sahaja proses itu tamat.

Knight mengutip syiling itu dan berpaling kepada budak bertiga itu.

'Hahaha..tadaaa!!..kenalkan..The Curtain..'perkenal knight itu.

'The..the..Curtain???!!'kata mereka serentak lalu memandang antara satu sama lain.

'Hehehe..jom..'knight

'Gulp..betul ke ni'kata Leo

Mereka bertiga hanya akur.Sifat ingin tahu mengiring mereka untuk masuk ke dunia itu.

Sebaik melangkah masuk ke dalam The Curtain.Perasaan mereka seperti lemas dan tidak bermaya.

'Hergghh...haaahh..'mereka menghembuskan nafas lega sebaik berjaya melangkah maksud.

Tapi ternyata seksaan sementara tadi sangat berbaloi.Menanti mereka sebuah dunia yang sungguh cantik.Udara seakan dipenuhi oksigen.Setiap hirupan terasa lebih beerti.Di langit,satu bintang biru besar menghias siang.Hangat yang menyaluti tubuh terasa begitu selesa.

Segala tentang dunia ini..segalanya..seakan sempurna..

Seolah-olah mimpi..

Mereka bertiga terpinga.Malahan Gantruis yang mampu berkata sebelum ini terkelu.Mata seperti tiada pejamnya.Leka memerhati dunia yang baru ditemuinya itu.

'Hahaha..wehh..dah dahlah tu..jangan takjub sangat..'kata knight itu sambil melambai tangannya di depan mereka.

'Ha..apa..hehehe..'baru tersedar dari lamunan masing-masing.

'Haha..cantikkan..emm...kenalkan...nama abang Vilance...'katanya sebelum menghulurkan tangan dengan senyuman menghiasi bibirnya.

Mereka bersalaman.Saling perkenalkan diri.Berjalan merentasi dunia baru itu.

'Emm..Vilance..apa nama tempat ni yer?'soal Leo yang dari tadi senyap.

'Hahaha..bercakap pun kau..emm..nama dunia ni adalah....

*****************************

'Emm..kita nak ke mana ni cik Neva?..Macam dalam sangat dah ni..'Soal Zuya kehairanan.

Suaranya yang perlahan sudah cukup membuat gema dalam ruang misteri itu.

'Haihhh...sabarlah..nak tahu tak ke mana ayah kamu pergi?'balas Minerva.

'Ha??!!..ayah??!!!...cik tahu ke mana dia dah pergi?!!..'

'Hahaha...bolehlah..tahu jugaklah..emm..nak tahu senyap..'

Setelah sekian...

'Kita kat mana ni??'

Mereka tiba di sebuah makmal rahsia.Terdapat satu monitor yang besar.Tertulis atasnya satu frasa..

**************************

'Klau nak tahu...nama tempat ni adalah...Dreamland...'balas Vilance tersenyum.

'Dreamland?Emm..pasal cam tak cukup gempak je nama tu..yelah kalau nak dibandingkan ngan tempat ni..'kata Leo.

'Hahahahaha...biarlahhh..dah tertulis..'

*****************************

Tertulis di monitor itu..

'Welcome to Dreamland'

'Ha...Dreamland?' Zuya

Continued..

#######################

Yeahhh!!!!

Amacam bunyi ayam?....real tak...

by:MeFA

World of Dream,eps 5

Dari jauh kelihatan Namito sedang berjalan lemah...tidak tahu ke mana harus pergi.Hidupnya sebagai perantau telah bermula sebaik dibuang dari kampungnya.

'Haihhh...bandar ke-8 bulan ni.....hope ada kerja boleh aku buat kat sini.'bisik Namito.

'Sayur!!sayur!!Mari beli sayur!!'

'Mari!Mari!Beli ikan!!'

'Ayam!Ayam!Mari beli ayam!!Ayam lama tukar baru!!Cepat,cepat!'

Bandar Grainville,sebuah bandar sibuk dengan aktiviti perniagaan.

'Emm,herba encik, marilah beli'hulur seorang nenek kepada lelaki yang kebetulan lalu di situ.

'Eh,tak pelah,buat susah-susah je'lelaki itu menepis tangan nenek itu menyebabkan herbanya jatuh berterabur di tanah.

'Haihh...'keluh nenek itu.

'Hehehe..peluang ni'bisik seorang pemuda memerhati gerak-geri nenek itu.

'Okayy...bandar baru..let's get it start.'Namito mula ringan mulut bertanya kepada setiap peniaga di situ samada terdapat kerja kosong.Bukanlah duit yang dicarinya,tapi hanya makanan.

'Maaf yer'

'Haha..nak kerja sini..membesarlah dulu'

'Maaf yer adik,sudah penuh'

Begitulah alasan yang diterimanya.Namun tak diendah nya.Tetap mencari sebarang pekerjaan yang cukup memenuhi perutnya malam ni.

'Ahh!!Tolong!!'pekik nenek herba tadi.

'Hehehe...orang tua bengap..'tangkas melarikan diri dari tempat itu selepas merampas beg yang separuh
penuh.

'Benda apa pulak bising-bising ni'bisik Namito sambil memegang sebungkus telur mungkin hasil penat lelah nya tadi.

Tetiba dari celah-celah kesibukan orang ramai,seorang lelaki berlari ke arah nya.

'Wei,wei,jap,jap,berenti!'halang Namito sambil menyembunyikan bungkusan tadi di belakangnya.

Namun,seperti yang dijangkakan,lelaki itu tetap melanggar nya menyebabkan bungkusan itu jatuh ke tanah.

Kepishhh...

Habis kesemua telur dalam bungkusan itu pecah.

'Makan malam ku...huhuhu...tak guna punya mahkluk!...siap ko!!!'Namito bangkit dan bersemangat mengejar lelaki itu.Mungkin dia tidak mengetahui bahawa lelaki itu sedang melarikan diri selepas meragut nenek tadi.

Namito mengejar lelaki itu sepantas mungkin.

'Ahhh!!...Nanti ko!!'jerit Namito lalu mengambil sebatang penyapu dari salah satu kedai di situ.Mereka masih berkejaran.

'Eh sapa plak budak ni..napa kejo aq nyer...'bisik perompak itu.

Namito semakin dekat,walaupun tak terlalu dekat tapi jaraknya cukup untuk membenarkan libasan penyapunya hinggap di kepala perompak itu.

Perompak itu jatuh ke tanah.Akibat pukulan tadi,penyapu itu patah dua.

'Arghh..maafkan saya..saya takkan buat lagi..Nah!Ambiklah balik beg ni!'Perompak itu menghulurkan beg itu kepada Namito sebelum melarikan diri.

'Eh?...dah kenapa dia bagi beg ni kat aku?Takkan sebab telur tadi dia bagi aku satu beg duit?Haishhh..'kata Namito kehairanan.

'Hei budak!Kau pencuri tu kan!'kata seseorang sambil menepuk bahunya.

'Ha?!..Pencuri?...Sapa?..Mana?..'kata
Namito kehairanan.

'Ishh...budak ni!'Kata lelaki itu mengacukan penumbuknya.

'Wowowo...pehal ni..'Namito mengundurkan dirinya dalam kekalutan menyebabkan salah satu syiling dalam beg itu jatub ke tanah.

Kling!

Syiling yang jatuh itu mula bercahaya.Perlahan-lahan mengeluarkan asap.Menyelubungi Namito.

'Eh..apa ni!'jerit Namito sebelum kehadirannya mulai menghilang.

'Ceh..bukan setakat pencuri!..Ahli sihir pun sama!..'Kata lelaki itu sebelum menerpa ke arah Namito yang diselubungi asap misteri itu.

Namun seperti yang dijangka.Jasad Namito hilang dalam asap misteri itu.

"Aikkk...mana pulak budak ni pergi'lelaki tadi kehairanan.

Continued....

Hahahaha support tau next eps..

Dan syiling magik yang menghilangkan Namito adalah syiling yang sama yang dijumpai Leo dan rakannya di hutan pada eps yg lepas.

by;MeFA

World of Dream,eps 4

World of Dream,eps 4

(Flash back)

'Hahahaha,wei tunggu aku!'jerit seorang budak.Gelak tawa ceria tiga kanak-kanak itu memenuhi hutan yang sepi itu.

Mereka berkejaran sesama mereka tanpa memikir langsung hal sekeliling.Ukiran senyuman di wajah mereka seperti mampu menghapuskan segala duka dan duga di dunia ketika itu.

Namun,dalam keasyikan mereka,sepasang mata sedang teliti memerhatikan.Samar kehadirannya dek semak yang tebal.

'Grrrr..'

'Hahaha,eh apa ni...Leo!Haruka!Sini jap!..Tengok apa aku jumpa.'Panggil Gantruis.

'Ha apa dia..panggil panggil ni'omel Leo.Haruka hanya mengikut dari belakang.

Gantruis mengambil sekeping syiling lama yang mempunyai ukiran yang unik.

'Tengok ni..'

'Eh,syiling?!..Ce ko baca apa2 kat syiling tu..hehehe..aku mana reti baca..'

'Hm..bilalah ko nak pandai...'hanya memberi jelingan tajam.

'Hehehe..baca jelahh..'

'Emm..jap jap.. dia ada tulis kat sini..emm..Bank..of...emm...Day..Dream.Bank of Daydream.Hmm...pelik'Gagap bacaan Gantruis mungkin disebabkan ukirannya yang sudah tidak jelas.

'Ha??!!Tak penah dengar pun..apa tu...ce bagi aku jap!'Leo cuba mengambil syiling itu.

'Eh,sabarlahh..aku jumpa dulu kan!'

'Alaaa...kejap je..'

'Ahhh,mana boleh!!'

'Haih korang ni...'keluh Haruka sambil tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

Namun dalam kelekaan mereka.Si pemerhati mula membuka langkah.

'Roarrr!!'laju seekor harimau putih meluru ke arah mereka.

Lariannya berhenti dengan satu lompatan tinggi ke arah Haruka.

Haruka yang sedang leka terperanjat dengan kehadiran pemangsa itu menjerit nyaring sekuatnya.

'Ahhhhhh!!'

(masa seakan perlahan)

Leo dan Gantruis terpaku sebaik menoleh ke Haruka.

'Haruka!!'jerit mereka serentak.

Haruka hanya boleh menekap wajahnya bersedia menerima serangan.

Zapppp!

Sebilah pedang lancar memisahkan kepala dengan badan haiwan itu.

Haiwan yang tidak berdaya itu rebah...hanya ngaumanya masih dikenangkan.

Haruka yang masih menekap wajahnya perlahan2 melepaskan tanganya.Di depannya kelihatan...

Leo dan Gantruis hanya terkebil melihat apa yang telah terjadi.

Seorang pemuda lengkap berpakaian knight kemas memegang pedangnya.Darah biru menyaluti pedangnya itu.

Hanya menoleh dan tersengih kepada tiga sahabat yang terpegun itu.

'Hai!'kata knight itu sambil melambai.Di kepalanya terdapat parut panjang merentasi kening kirinya.Hanya beberapa helai benang sahaja jaraknya daripada matanya.

**********************

'Emm kita nak ke mana ni cik neva..'Zuya hanya mengikut Cik Minerva sambil memegang rantai yang diberi ayahnya itu.

Mereka menuju ke satu bahagian di rumah anak yatim itu yang sangat jarang digunakan.Satu pintu yang terkunci menunggu mereka.

'Eh napa bawa Zuya ke sini..bukan cik tak bagi ke kami main kat sini..'

Minerva tersenyum.Tak sangka anak belaanya begitu patuh arahannya.

'Zuya,hari ni kita akan tahu apa di sebalik pintu itu dan kenapa cik merahsiakan kewujudannya.'

Minerva menaggalkan cincinnya.Dia meletakkan cincin itu di tombol pintu itu yang sepatutnya menjadi tempat untuk memasukkan kunci.Sebaik cincin diletakkan,pintu itu seperti berderai dan bergerak secara tersusun ke bawah mendedahkan sebuah tangga yang menuju jauh ke dalam tanah.

'Baiklah,Zuya mari ikut mak cik...'

Continued....

Hahahaha sory2...citer aq memang banyak drama sikit.Hehehehe..

by:MeFA