PERPUSTAKAAN, KYOTO HIGH
(Keadaan adalah gelap gelita, kerana lampu ditutup)
Kedengaran tapak kasut orang ...semakin....semakin menghampiri...
"Shhhh....diam...kalau tu Cik Bedah macam mana ? Habis kita kene buang sekolah nanti.."
Hakimi menutup mulut Adib...Cik Bedah merupakan pegawai keselamatan sekolah ini, dalam bahasa pasar...* MAK Cik Guard of Kyoto*....kalau kena tangkap, mesti kena buang sekolah akibat ceroboh , ataupun di *fitnah* mencuri harta sekolah.
"Jom, kita kena keluar daripada sini senyap-senyap..."
Adib mengeggam tangan Hakimi dan menariknya, Hakimi ikut jejak langkah Adib, sehinggalah sampai di pintu masuk perpustakaan.
"Kunci ? Pasai pa kunci...AWAT... " - Adib mula panik dalam nada bisikan..
"Cik Bedah tu memang saje kan...Adib ikut cheq..cepat..."
Hakimi menarik tangan Adib dengan spontan kerana kedengaran langkah Cik Bedah seperti semakin menghampir mereka. Adib dan Hakimi menuju ke satu tingkap di dinding perpustakaan..apabila sampai,Hakimi mengeluarkan batu *rune* yang mengeluarkan cahaya ungu pada simbolnya. Iris bertukar menjadi ungu cair...lama-kelamaan, tingkap itu lenyap, kini terdapat lubang pada dinding, Hakimi dan Adib masuk ke dalam lubang itu, mereka berdiri di atap sekolah sekarang...
"Kimi-san! Hang baru saja lenyapkan harta KERAJAAN tau tak !! "
"Selama 2 minit je lah, sakgi ada balik tingkap tu.."
"Sekarang kita nak buat apa ?!! "
"Amik ni..."
Hakimi menyerahkan batu *rune* lagi satu kepada Adib,namun, batu itu mengeluarkan cahaya biru pada simbolnya...Adib mengambil batu itu...
"Kita guna batu rune ni untuk pi villa balik! "
Hakimi berkata kepada Adib, mereka berdua pun mengaktifkan virus masing-masing, beberapa ketika, api berwarna biru keluar daripada keseluruhan badan Adib, hanya seluarnya tidak terbakar, Adib kini seperti *Human Torch*, dalam filem Fantastic Four...Adib terapung ke udara sedikit demi sedikit....Hakimi *summon* satu nightmare, seekor naga bersisik hitam dan bermata merah bagaikan darah tiba-tiba muncul di tepi Hakimi, lalu ditunggangnya naga itu...Adib dan Hakimi pun terbang ke udara menuju ke rumah.Kini mereka menemui batu-batu *rune* mereka.
***********
2 HARI KEMUDIAN, DI SEKOLAH (ISNIN, 10.20 PAGI)
Perkara ini dirahsiakan daripada semua pihak, terutama sekali pemilik-pemilik virus yang lain. Janji mesti ditunaikan, Hakimi dan Adib tukar identiti sesame sendiri untuk tempoh seminggu. Jam menunjukkan waktu rehat, Adib menuju ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran setelah makan sandwich yang dibuat oleh Ariana yang biasa dimakan oleh Hakimi. *AWKWARD*, apabila sedang menjalani rutin hidup orang lain, namun, aman dan sentosa mula menghadiri hidup Adib setelah sekian lama dikejar dan diganggu oleh peminat-peminatnya, iaitu *ADIBLOVERZ*, menjalani hidup sebagai Hakimi memberi ketenangan.Kini, Adib sedang membaca buku di perpustakaan...
"Hakimi ? Kenapa duduk kat kerusi ? Tak pernah-pernah pun...biasanya kau baca buku sambil sandar dekat dinding tepi rak..."
Abang Luhan menegur Adib, perasaan panik mula hadir,ALAMAK ! KANTOI....Adib bermonolog lalu menghadiahkan senyuman kepada Abang Luhan dan segera keluar daripada perpustakaan menuju ke Bilik Komputer, baru teringat akan tugas kembarnya sebagai seorang penulis tetap majalah sekolah..nak tulis artikel ? Mampukah seorang pemain bola sepak sekolah menulis artikel ? Hakimi mana KAU ! Adib jerit di dalam hatinya.
*******
SEMENTARA ITU DI KORIDOR SEKOLAH, TINGKAT 3.
"Adib !! Terimalah hati saya!Jom couple !Hati ini milikmu."-Sekumpulan perempuan menjerit serentak
Hakimi berlari sekuat hati, terdapat sekumpulan perempuan sedang mengejar dirinya. Adakah ini rutin seharian Adib ? Hakimi segera bertukar arah ke kiri menuju ke koridor lain, terdapat satu pintu...Hakimi memulas kasar tombol pintu itu, lalu masuk ke dalam bilik lantas menutup pintu...nafas cuba ditarik...jantung sedang berdegup kencang kerana *RUN MARATHON* sebentar tadi...
Mata tiba-tiba tertarik pada satu alatan muzik...sebuah piano.
"Heee...huuuu...heeee"-(bunyi nafas)
Nafas cuba distabilkan, Hakimi pun duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan piano itu. Peluh disapu, lalu cuba untuk ingat kembali lagu yang Hakimi sedang tulis untuk Majlis GRADUASI 2018...
Piano dimainkan...Hakimi mula menyanyikan lagu.
"Do you know what it's like, to feel so in the dark...."
Mata ditutup rapat cuba untuk menjiwai lagu....
"To dream about a life....where your the shining star..."
Dari luar Bilik Muzik, Ariana sedang mendengar nyanyian lelaki itu...siapa dia ? Sedapnya suara..
Ariana bermonolog...
"Even though it seems, like it's to far away....I have to believe..in myself, it's the only way..."
Nyanyian Hakimi diteruskan, Ariana ingin tahu siapakah lelaki itu, pintu cuba dibuka...kenapa berkunci ? Hanya 3 orang sahaja yang mempunyai kunci bilik muzik iaitu Adib, dirinya dan Miss Shin, mungkin ada budak curi kunci ni daripada Miss Shin kot ? Ariana membuat andaian dalam monolog...lalu cuba untuk membuka pintu itu sekali lagi...
"This is....haih ? ALAMAK ! Cheq nak lari tang mana ni ? "
Hakimi membuka tingkap bilik, lalu keluar dan berdiri di atap bangunan sekolah, Hakimi berjalan dengan berhati-hati menuju ke koridor yang berhampiran...serentak dengan itu Ariana berjaya masuk ke bilik...
"Hello ? Anybody there ? Ada orang tak ni ...takkanlah cheq dengar nyanyian hantu...HELLOOO !!"
********
KELAS 5-1
Danish sedang menghipnotize Emir, sampul surat diberikan kepada Emir...Emir pun berjalan menuju ke locker Ariana dengan dirinya sedang dikawal oleh Danish...menuju ke locker Ariana. Lalu meletakkan sampul surat cinta pada Ariana...ye...Danish ingin *dating* dengan Ariana...
*******
EXTRA INFORMATION :
- Batu rune Hakimi, membolehkan *worst nightmare* menjadi realiti...REALITI
- Batu rune Adib, membolehkan Adib berkebolehan seperti *Human Torch*, namun apinya berwarna biru.
-Adib,Hakimi dan Danish akan menyanyikan lagu ciptaan mereka pada Majlis Graduasi 2018. Namun lagu mereka sebenarnya ditujukan pada Ariana...
- Dlm ep. Ni, Hakimi menyanyikan lagu : This Is Me / Demi Lovato.
- Jika lagu cinta Hakimi kpd Ariana adalah lagu This is me, bagaimanakah lagu Adib dan Danish ?
-Siapakah akan memiliki hati Ariana akhirnya ?
Adakah Adib...atau Hakimi...mungkin juga Danish !? Ketahui pada episod yg akan datang...
*******
THANKZ FOR EVERYTHING
#FIGHTHING !!
No comments:
Post a Comment