Tuesday, 29 December 2015
The Rune Stones: Battle Scars, Ep.18
(SPECIAL Danish Episod)
VILLA MASTER IKHMAL, (Musim Bunga), 9.00 PAGI...
Pintu rumah dibuka, senyuman terukir di mulut Master Ikhmal. Danish sudah menelefon Master Ikhmal pada malam semalam, untuk meminta kebenaran, baru *gentlement*, inilah strategi...kalau boleh, ingin saja dilamar Ariana, ataupun bernikah terus...sebelum musim bunga habis. Tidak ingin memberi peluang langsung kepada Adib mahupun Hakimi...
"Morning master, mana Ariana, saya nak bawak dia keluar ni."
Ariana tiba-tiba muncul disebalik Master Ikhmal. Ariana memakai seluar jeans berwarna biru, serta baju longgar lengan panjang dan paras lutut berwarna coklat. Wajah Ariana yang putih berseri menyerlah dengan pakaian itu.Tangan si ayah dicium, mereka pun bertolak dengan kereta 'mercedez benz' berwarna merah milik Danish. Ketika di dalam kereta...
"Awak...pakai tali pinggang..."
"Nanti...."
"Pakai sekarang."
"Nanti..."
3 minit kemudian, Ariana memakai tali pinggang, dalam 12 minit, mereka pun tiba di MegaMall Kyoto,
Danish dan Ariana menuju ke 'Fun Square', terdapat banyak permainan yang menyeronokkan seperti kereta api hutan rimba, rollacoster dan rumah hantu. Tiket dibeli. Ariana dan Danish berjalan seiringan...
"Kita nak main apa dulu ?"
"Jom naik rollercoster ? "
Danish dan Ariana duduk dibahagian hadapan sekali 'rollercoster' yang berwarna merah itu. Pada mulanya, pergarakan adalah perlahan apabila bergerak keatas landasan....apabila landasan nak turun sahaja...
"AAAAHHHHH !!! "
Semua orang menjerit sekuat hati, sungguh laju sekali....kalau buka mulut...memang akan kenyang makan angin, kalau malang...termakan lalat ? Danish mengambil kesempatan untuk mengeggam tangan Ariana...namun Ariana membiarkan saja, kerana dirinya juga takut dengan kelajuan pergerakan rollercoster ini sekarang...
"Aaaahhhhh !!!!"- bagaikan angin kencang sedang menyentuh laju muka
Setelah 3 minit 'non-stop', rollercoster itu bergerak. Semus orang turun daripada rollercoster itu, Ariana tersenyum melihat Danish, namun ada terselit rasa suka melihatnya kini. Rambut Danish kini pacak akibat 'ride', kalau perempuan...mesti dah cair, ni Ariana lah ! Aku takkan mudah jatuh hati okay ! Hati cuba diteguhkan.
Ariana mengikut jejak langkah Danish, menuju ke *Ghost Maze*, satu 'maze' yang wajib dilalui kepada semua pengunjung sebelum keluar daripada 'Fun Square', hanya itu sahaja jalan keluar...
Danish dan Ariana berjalan perlahan di dalam 'maze' itu, keadaan adalah malap, dan
kadang-kadang lampu berkelip...
"Danish ? Jauh lagi ke ? "
"Sikit lagi ini"
Ariana memeluk erat tangan sasa Danish...tiba-tiba.
"HHHAAAAAAAAAA !! "
Ariana jerit sakan dan menolak kuat Danish secara tidak sedar sehingga Danish terjatuh di atas lantai, begitulah juga Ariana. Badan Ariana kini berada di atas badan Danish....mata mereka bertaut. Perasaan takut bertukar menjadi satu detik yang seakan tidak bergerak...jantung berdegup kencang,pekerja yang menyamar sebagai pontianak wanita itu gelak sakan...lalu pergi begitu saja, mencari mangsa lain barangkali.
"Awak....bangun boleh tak...takkan matinya, hantu hiprokrit je kot..."
"Sorry.."
Muka Ariana menebal 10 inci, MALUNYA ! Ariana bermonolog. Setelah mereka berdua bingkas bangun, mereka sambung perjalanan...kini mereka sampai ke kawasan 'section' perkuburan 'maze' itu. Terdapat beberapa mayat patung lilin...juga terdapat bunyi cengkerik....sungguh seram !
Satu lembaga mula bangun tiba-tiba daripada salah satu kubur...
"Awak !!!!"
Ariana menarik tangan Danish berlari....lari sekuat hati dengan tangkas daripada lembaga itu.
Mereka sampai pada satu pintu, adakah ini pintu keluar yang dinantikan ?
"Awak ! Pintu ni berkunci ! We're trap !"
"Kita kene selfie dulu la dengan hantu tadi...tu syarat, dia ada kunci tu..."
Lembaga itu semakin mendekati mereka, Danish segera pergi ke lembaga itu, Ariana seperti acuh tak acuh mengikut langkah Danish....mereka pun selfie...
*******
2 BULAN KEMUDIAN (5.30 PETANG)
Setiap hari, Ariana dan Danish akan berjumpa...bersembang, melawak, membeli belah barang dapur, tengok wayang....sedar tak sedar, sebulan sudah berlalu, musim bunga tahun ini cantik sekali, pada waktu petang, pelbagai burung dengan beraneka warna berterbangan...Ariana sedang menunggu Danish di luar villa, pancaran matahari menyebabkan langit menjadi jingga....terdapat awan putih yang dengan pelbagai bentuk.
"Ariana , lama dah ke tunggu ? Jom... "
Ariana keluar daripada rumah, menuju kearah Danish yang sedang berdiri di jalan tar luar rumah.
"Hang nak bawak cheq tang mana petang ni ? "
"Kita jalan sikit dulu...nanti awak tau lah.."
Mereka berjalan.....angin petang meniup wajah, kedengaran burung sedang bernyanyi dengan merdunya...setibanya di Taman Bunga Kyoto, mata Ariana tidak dapat berkelip...tidak disangka Danish akan sampai ditahap ini....aku takkan cair ! Takkan mengalah ! Ariana bermonolog.
Danish mengajak Ariana untuk naik atas kereta kuda itu...Ariana menurut, lalu duduk bertentangan dengan Danish. Kuda itu sungguh cantik, berwarna putih dan kelihatan kemas dan menawan. Rasa macam dalam 'Fairytale'.....sebuah kisah dogeng yang sangat romantik. Kereta kuda itu pun mula bergerak dengan sendiri. Ya, Danish sedang mengawal kuda itu dengan virusnya. Mereka kini sedang mengelilingi Taman Bunga Kyoto...kelihatan kanak-kanak sedang bermain riang dan bergelak sakan.
Ibu bapa mereka sedang mengadakan 'picnic'.
"Are you happy ? "
"Yes, thank you for everything...."
20 MINIT KEMUDIAN...
Senyuman terukir di bibir Ariana, dia sungguh gembira. Danish mengeluarkan sesuatu daripada begnya. Mata Ariana bersinar....terkejut dengan apa yang Danish keluarkan...
"Thank you for being my Cinderella."
Kereta kuda berhenti, Danish dan Ariana turun daripada-nya. Ariana segera duduk di atas seketul batu yang besar. Danish menaggalkan kasut Ariana, dan menyarungkan sepasang kasut baharu yang cantik. Kasut itu berwarna putih dengan beberapa kuntum bunga ros merah yang kecil dan berkilat,mungkin diperbuat daripada kristal ?
"Thank you for being my Cinderella...."
"Shut up ! Hang nak wat cheq menangis ni..."
Matahari sedang tenggelam...saat yang paling indah dalam satu hari....langit berwarna jingga...
"Dasar, prince on white horse..."
Ariana berkata sambil baringkan kepala pada bahu Danish, mereka sedang memerhatikan *sunset*..
sambil duduk di atas rumput...
"Whats that my princess ? "
"Nothing prince..."
********
MALAM TERAKHIR MUSIM BUNGA , (10.00 MALAM)
Master Ikhmal membenarkan Ariana untuk keluar bersama Danish...dengan syarat tidak balik lebih lewat daripada 11.00 malam. Danish dan Ariana sedang baring di atas rumput sambil memerhatikan langit dengan bintang yang berkelipan...
"Selepas ini, awak mesti blok nombor saya kan ? "
"Tau pun, giliran Adib dan Hakimi pulak okay....selama ni saya blok diorang meskipun kat rumsh no"
"Cantikkan malam ni...."
Sedikit demi sedikit, *fireflies* atau kelip-kelip mula menerangi tasik. Terdapat pantulan bulan yang indah pada permukaan tasik....suasana menjadi indah...mereka bangun daripada pebaringan dan duduk, menikmati pemandangan yang indah ini...
"Ariana...."
"Ye saya."
Mata bertemu....Danish mengawal kelip-kelip itu, 'fireflies' itu pun mula bergerak dalam putaran di sekeliling Ariana dan
(Putarkan lagu, A Good Day This Is, OST,DOKTOR STRANGER 2014)
"Will you be my queen for the rest of my life ? "
"Danish...saya....saya..."
"Say yes...please..."
Bebola mata mula berair, terharu....rasa bersalah....bercampur baur....Danish menyarungkan cincin pada jari manis Ariana.
"Awak....mesti mencecah ratusan ribu kan cincin ni....awak amik balik je lah"
"No...cincin tu dah jumpa tuannya"
"Kita baru je habis belajar..."
"Tak salah kahwin awal, izinkan saya halalkan hubungan kita..."
"Danish....saya...saya..."
"It's okay,kalau awak dah bersedia, sarung je cincin tu...bila-bila masa saja..."
********
THANK YOU...
HOPE BNYK FEEDBACK...
MOVING ON FROM SPRING TO SUMMER
#Fighthing !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment