Tuesday, 29 December 2015

The Rune Stones: Battle Scars , Ep 9

VILLA MASTER IKHMAL (pada tahun 2017)

Hakimi membawa adib ke tasik yang sudah menjadi pepejal sepenuhnya...*ice grounds* !

"Hang,*ice-skating*, jangan pergi mana-mana, cik nak jumpa uncle afiq amirullah sat, dengan emir."
"Ariana macam mana ?"
"Depo selesema , hang jangan nak risau sangat, awat ? Hang ada hati kat dia ka ?"
"Eh taklah, dia kan kawan kita, so kena la ambik berat.."- adib *control macho*
"INGAT...JANGAN PERGI MANA-MANA kecuali aku datang ambil hang, faham ?"
"Yes twin, roger that !"

Adib pun mula meluncur di permukaan ais...hakimi kembali ke rumah, apabila tiba, kelihatan emir pada motosikal jenama Baymax-nya, motosikal itu berwarna putih dengan corak jaluran merah.

"Kimi-san, jom makan Mc.Donald sebelum jumpa uncle afiq, cik lapaq tetiba ni..."
"Tak yah, kita makan kat SUSHI KING, cik dok mengidam ni.."
"Im ALLERGIC to SHRIMP you BITCH."
"Fine, jom makan kat KIMCHI WORLD."
"Makan apa kat situ ?"
"Kimchi Katak kat tepi rumah aku...."
"The HELL..."-emir

Hakimi duduk di belakang emir pada motosikalnya, perjalanan pun bermula.Setelah 20 minit makan kimchi, emir dan hakimi pun memulakan perjalanan ke Hotel Kyoto, uncle Afiq merupakan seorang saintis yang sedang mengkaji virus yang terdapat pada 3 Batu *Rune* yang diberikan kepadanya sebagai hadiah daripada Maharaja Lee, iaitu maharaja di Jepun. Setibanya di Hotel Kyoto, emir dan hakimi terus menuju ke lif utama. Apabila lif ditutup...satu suara robotik bertanya, suara lif barangkali..

"Which floor please..."-satu suara robotik menyapa
"Kimi-san nak cakap mende ni !!"
"Secret Virus Organization, please.."

Lampu lif yang berwarna putih bertukar menjadi merah, suasana di dalam lif menjadi merah keseluruhan, macam dalam cerita hantu...tiba-tiba lif turun dengan laju...

"Aaaahhhh !!!"- emir *woman scream*

Emir terjatuh kerana tidak seimbang....hakimi kekal *steady*...muka masam mencuka, apa Uncle afiq dah buat kat kembar aku ni ?

***********

TASIK, TAMAN BUNGA SAKURA (10.45 PAGI)

Adib kini bosan, semua tarian seorang peluncur sudah di *dance*...daripada tarian WALTZ versi solo hingga ke tarian SAMBA...semua sudah ditari oleh adib. Adib tidak dapat menahan lagi perasaan risau di hati. Langkah ke Villa Master Ikhmal dimulakan...

"Sorry twin, love is a gamble right ?"

Kasut meluncur ditanggalkan, semasa perjalanan, adib ternampak *snowman*, adib pun menghampiri orang salji itu, lalu menyentuhnya lembut...tidak sampai 5 saat, salji pada snowman itu cair...kini snowman itu tiada kepala...

"What ? Tak..tak..."

Adib melihat tajam dua belah tangannya, betul apa yang dikatakan oleh uncle afiq serba hari, semuanya bakal berubah...disaat jarum itu disuntik...adib rebah di salji, memikirkan nasibnya serta apa yang ingin dilakukannya selepas ini.

"Wait just a minute, kalau kimi-san dan emirun kena suntik jugak macam mana ?"

Adib bangun dengan tangkas, lalu berlari sekuat hati, aku tak nak apa terjadi pada aku, terjadi dekat orang lain...adib berbisik halus, jantung berdegup dengan kencang, tolonglah apa yang aku tengah fikir ni, tolong jangan jadi kenyataan!!

"Stop right there !"
"Apa..."

Adib menoleh, kelihatan danish berpakaian serba hitam.

"Mana ariana aku..."

***********

#HashtAg second flashback ep.
#THANKZ 4 READING
#HOPE KORANG ENJOY
#FEEDBACK ? Hehehe

No comments:

Post a Comment