(SPECIAL Adib Episod)
MUSIM PANAS, VILLA MASTER IKHMAL (8.00 PAGI)
Master Ikhmal, Ariana,Adib dan Hakimi sedang menjamah sarapan...
"Adib, hang nak bawak Ariana tang mana musim panas ni..."-Master Ikhmal
"Cheq ada 'match' bola sepak musim panas ni....jadi....Ariana..."
"Tak pe, cheq ikut hang je, bagi sokongan moral, Hakimi nak ikut tak ?"
"It's okay, cheq dok rumah je, bagi ruang kat hangpa dua..."
"Thanks twin ! "
Adib memegang bahu Hakimi, terharu dengan pengorbanan kembarnya, mesti PERIT kene pendam dua musim tanpa henti....melihat orang yang dicintai bersama lelaki lain, tak sangka takdir macam ni yang kene lalui....dua beradik suka akan gadis yang sama. Usai sarapan, Adib dan Ariana pergi ke Stadium Bola Sepak Kyoto, Adib mengenakan baju bola sepak kumpulannya, dia perlu menjuarai pertandingan ini agar dapat masuk ke universiti yang bagus...
"Cheq nak tunggu tang mana ? "
"Hang dok kat kerusi penonton lah, sorry Ariana...I mean it."
"Tak pe, cheq faham....now go kick some ass ! "
Adib lambai pada Ariana, gadis itu membalas. Pertandingan antara Kyoto Lions dengan Tokyo Snakes benar-benar sengit, kumpulan Adib memakai baju berwarna putih, manakala pihak lawan berwarna hitam. Jadi apabila Adib berpeluh, Ariana akan *GULP*, kerana hatinya selalu 'MELTING' apabila melihat badan lelaki yang seksi. Sebenarnya, Adib,Hakimi dan Danish tak jauh mana dari segi fizikal, ketiga-tiga mereka *sado*, seksi dan tinggi....namun antara mereka, Adib adalah yang paling suka mendedahkan badannya.
45 MINIT KEMUDIAN...
Para penonton bersorak memberi sokongan, ada juga sekelompok perempuan daripada sekolah Kyoto High yang jerit sakan menyebut nama Adib, kini skor adalah 5-4, Kyoto Lions mendapat 4 gol, manakala Tokyo mendapat 5 gol. Ariana tidak dapat duduk diam, dia bingkas bangun dan bergerak ke tempat pemain simpanan duduk di padang. Kemudian, Ariana berdiri di samping *coach* Kyoto Lions, iaitu Tuan Bautrios...
"Pass the ball you NOODLE NOSE ! "-Tuan Bautrios
"You can do it !! "-Ariana
"Ariana, ada syarat kalau awak nak ikut jerit dengan saya..."
"Apa tuan ? "
"Guna bahasa kesat sikit, nanti diorang lagi energetik, lelaki memang macam tu..."
"KICK THE BALL YOU BITCHES ! "
Ariana menjerit sekuat hati...tidak lama kemudian, skor berubah kepada 5-5, satu gol berjaya diraih,
Wisel ditiup, kedua-dua kumpulan berehat sebentar...Ariana bertemu dengan Adib sambil duduk di tepi padang....kelihatan pandangan mata-mata cemburu terpancar pada peminat Adib.
"Sikit lagi, pasti hang berjaya no..."-Ariana
"Terima kasih..."-Adib
Satu ciuman singgah pada pipi Adib...mata menjadi bulat, jantung berdegup kencang, tidak disangka Ariana akan mencium pipinya....adakah ikhlas ? Atau saja nak buat perempuan lain cemburu ?
Persoalan Adib ketepikan, apa yang jelas, Adib tengah *blushing*....
15 minit berlalu....
Permainan bersambung, tidak sampai 7 minit, Adib sedang bersiap sedia untuk sepak bola masuk ke tiang gol ! Setelah gol ! Semua orang sedang bersorak...GOAL !! GOAL !! Kyoto Lions menang ! Namun, salah seorang pemain Tokyo Snakes, tidak berpuas hati, dia berlari kearah Adib dan tumbuknya sehingga jatuh ke bawah tanah...Ariana terkejut dan segera berlari kearah mereka, suasana menjadi kecoh dengan pergaduhan tidak terduga ini.
********
KEBUN BUAH-BUAHAN KYOTO, MUSIM PANAS, (5.00 PETANG)
Adib terpaksa berehat dirumah beberapa minggu kerana tulang rusuk kirinya patah, Ariana adalah orang yang menjaga Adib siang malam. Mengelapnya andai dia demam, dan menyuapkan makanan ke mulutnya semasa makan. Ariana sengaja tidak menggunakan kuasanya, kerana suka melihat wajah Adib ketika sedang disuap makan, COMEL GILA !
"Aaaaaaa....Aaaaa....buka la mulut tu."-Ariana membuat bunyi aaaa, seperti ingin menyuap bayi
"Tulang rusuk patah, bukan tangan patah, cheq boleh makan sendirilah.."
"Aaaaaaa.......cepat ! Ada kapal terbang ni nak masuk..."
"Aaauuuumm"- Adib meneriam suapan makanan daripada Ariana
Selepas beberapa minggu Adib kembali sihat, dia dan Ariana pergi ke Kebun Buah-Buahan Kyoto, untuk memetik buah-buahan, maklumlah musim panas adalah waktu yang paling menyelerekan perut. Setibanya disana, hanya mereka berdua sahaja.....keadaan sunyi sepi...mereka berjalan ke bahagian pokok epal kerana basket untuk buah anggur dan buah mangga sudah penuh.
"Meh bagi cheq pulak panjat, asyik hang je, sedap epal ni....cantik warnanya..."
"Hang baru je sihat, meh....cheq naik, hang sambut epal, takut terbakar pulak kebun ni.."
"Yelah, cheq ngaku virus cheq bahaya....dah cepat naik..."
Ariana panjat pokok apel yang tinggi itu, lalu baling satu bersatu epal ke tanah, Adib menyambutnya tanpa terlepas walaupun satu...
"Ariana! Basket dah penuh !"
"Okay!! "
Ariana turun dengan perlahan...tiba-tiba ranting yang dipijak Ariana patah ! Ariana jatuh....pada masa yang sama, basket di tangan Adib jatuh ke tanah....Adib cuba untuk menyambut Ariana...
Ariana pun jatuh di dakapan Adib, mata bertaut...Adib seperti sedang mengangkat seorang puteri dengan dua belah tangannya.
"What would you do without me ? "
"Thanks Adib, you can let go know...."
"Kalau cheq lepas hang tang tu je, hang jatuh kang..."
"Dah dah....."
Ariana bangun daripada dakapan Adib, kaki cuba distabilkan...
"Hang bukan otak negatif kan ? Jangan salah faham, cheq jatuh tadi bukan sengaja..."
"Stop acting cute, your melting my heart....."
"Jom balik..."
*******
BILIK ADIB & HAKIMI, VILLA MASTER IKHMAL
Adib dan Hakimi sedang duduk di atas katil masing-masing di dalam bilik itu. Mata bertentang mata.
"Kenapa cheq ? Kena tolong pesaing cheq sendiri dalam merebut Ariana ?"-Hakimi
"Please, twin....cheq merayu ni, tolonglah, kuasa hang je boleh tolong cheq.."-Adib
"What benefit will I have ? "-Hakimi
Adib berfikir sejenak.....lalu bingkas bangun dan duduk di tepi Hakimi...
"Cheq janji, kalau hang tolong cheq....cheq akan guna kuasa cheq untuk HANG masa musim luruh nanti....please twin, I really need you right now !"
Adib memeluk Hakimi erat....macam patung beruang.
"Let go of me you bitch, I am not your TEDDYBEAR ! "
"Janji dulu, baru cheq lepas..."
10 MINIT KEMUDIAN...
"Okay fine ! Dah lepaskan ! Lepaskan !"
"Yeah ! Thank you, jangan risau, masa musim luruh, cheq akan balas jasa hang."
******
TASIK, TAMAN BUNGA SAKURA
Mata Ariana tidak dapat berkelip, melihat tasik yang pepejal pada musim panas, musim PANAS ! Macam mana ni boleh berlaku ? Ariana bermonolog, Adib memakai kasut meluncur, lalu mula meluncur di permukaan ais.
"Ariana ! Jom la !"
Kasut meluncur dipakai, Ariana pun meluncur di permukaan ais tasik. Tasik bertukar menjadi cecair, namun apabila berdekatan dengan kasut meluncur Adib dan Ariana, air itu bertukar menjadi ais. Apabila jauh, ais itu menjadi air kembali.
********
10 MINIT SEBELUM KEJADIAN
Hakimi memegang batu rune miliknya, iris bertukar menjadi ungu...
"Nightmare of cold in loneliness....I summon you ! "
Tasik bertukar menjadi ais...pada musim panas ! Musim Panas !
*******
"Adib ! Macam mana benda ajaib ni boleh berlaku...."
"Biarlah, hang jangan *curious* sangat..."
Mereka pun meluncur dengan gembira, lalu mula menari.....tiada sentuhan...hanya menari disamping masing-masing dengan tarian waltz ciptaan mereka....
"Macam musim salji pulak....seronoknya ! "
"Glad you love it..."
Adib menjawab pada Ariana, gembira dengan rancangannya untuk berseronok disamping orang yang dicintainya...disebalik pokok, Hakimi sedang mengawal *nightmare*, untuk menukarkan air jadi ais dan air kembali...
********
MALAM TERAKHIR MUSIM PANAS (10.00 MALAM)
Banyak kenangan yang seronok, manis dan ada juga romantik terjadi sepanjang musim panas ini.
Namun, kelihatan musim luruh mula menjelma, daun pada pokok-pokok sudah bermula menjadi jingga.
Ariana dan Adib sedang duduk di atas bangku kayu, melihat pemandangan tasik , terdapat pantulan bulan purnama di permukaan air...Adib memakai baju sejuk, namun tidak mengenakan baju atau baju dalam, Ariana pula berpakaian santai dan sopan.
"Ariana ? Best tak musim panas ni ? "
"Best sangat....kenangan kali ni macam dalam mimpi.."
Sekumpulan rama-rama keluar sedikit demi sedikit daripada pokok yang berdekatan....terdapat api warna biru dan jingga pada kepak rama-rama itu, namun api itu tidak panas dan tidak membakar langsung kepak rama-rama itu kerana dikawal oleh virus pada Adib.
"Wow....cantiknya..."
Ariana memberi respond, kumpulan rama-rama itu pun membuat satu ayat pada langit.....Adib tidak mengawal rama-rama itu, namun mengawal kepak mereka yang terdapat api. Rama-rama dengan api berwarna jingga membuat ayat *I LOVE U*...di dalam simbol hati iaitu bentuk ♡ yang besar dibentuk oleh rama-rama dengan api berwarna biru.
"Adib....awak...awak..."
"Please Ariana...tolonglah...terima hati saya"
Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh...hujan mula turun sedikit demi sedikit sehingga menjadi lebat , rama-rama sudah terbang mencari teduhan, namun api pada kepak mereka sudah terpadam...
Ariana dan Adib gegas berlari pada satu pokok yang besar sebagai teduhan...meskipun air hujan tidak kena mereka....namun titisan air daripada daun tetap kena pada mereka. Kedengaran bunyi hujan...dan guruh !!
"Hang sejuk ke ? "
Adib mula rasa menyesal tanya soalan yang jawapannya depan mata. Ariana kini menggigil kesejukan. Adib membuka baju sejuknya dan memakaikannya pada tubuh Ariana...mata Ariana menjadi bulat melihat badan Adib tidak berbaju, jantung mula berdegup tidak tentu hala !!
(Putarkan lagu, MY DESTINY, OST, MY LOVE FROM THE STAR 2013)
"Hang ada masalah pakai baju ke ?"
"No....kenapa ? "
"Hang tak rasa sejuk ke ?"
"Tak.....sebab hang buat jantung cheq DEGUP kencang sampai naik suhu badan ni.... ! "
Tiba-tiba, bunyi guruh yang sangat kuat bergema !! KKKEEEERRRR !! Badan Adib segera dipeluk Ariana tanpa sedar....badan Adib terasa hangat...mungkin ini adalah disebabkan virusnya.
"Don't be scared, your safe with me...."
"Jangan nak mengada lah ! "
Ariana mula sengih..cuba untuk mengawal senyuman...
"I love you...."-Adib
**********
END OF SUMMER
MOVING TO AUTUMN !
HOPE KORANG ENJOY !
#FIGHTHING
No comments:
Post a Comment