Sunday, 20 December 2015

World of Dream,eps 4

World of Dream,eps 4

(Flash back)

'Hahahaha,wei tunggu aku!'jerit seorang budak.Gelak tawa ceria tiga kanak-kanak itu memenuhi hutan yang sepi itu.

Mereka berkejaran sesama mereka tanpa memikir langsung hal sekeliling.Ukiran senyuman di wajah mereka seperti mampu menghapuskan segala duka dan duga di dunia ketika itu.

Namun,dalam keasyikan mereka,sepasang mata sedang teliti memerhatikan.Samar kehadirannya dek semak yang tebal.

'Grrrr..'

'Hahaha,eh apa ni...Leo!Haruka!Sini jap!..Tengok apa aku jumpa.'Panggil Gantruis.

'Ha apa dia..panggil panggil ni'omel Leo.Haruka hanya mengikut dari belakang.

Gantruis mengambil sekeping syiling lama yang mempunyai ukiran yang unik.

'Tengok ni..'

'Eh,syiling?!..Ce ko baca apa2 kat syiling tu..hehehe..aku mana reti baca..'

'Hm..bilalah ko nak pandai...'hanya memberi jelingan tajam.

'Hehehe..baca jelahh..'

'Emm..jap jap.. dia ada tulis kat sini..emm..Bank..of...emm...Day..Dream.Bank of Daydream.Hmm...pelik'Gagap bacaan Gantruis mungkin disebabkan ukirannya yang sudah tidak jelas.

'Ha??!!Tak penah dengar pun..apa tu...ce bagi aku jap!'Leo cuba mengambil syiling itu.

'Eh,sabarlahh..aku jumpa dulu kan!'

'Alaaa...kejap je..'

'Ahhh,mana boleh!!'

'Haih korang ni...'keluh Haruka sambil tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

Namun dalam kelekaan mereka.Si pemerhati mula membuka langkah.

'Roarrr!!'laju seekor harimau putih meluru ke arah mereka.

Lariannya berhenti dengan satu lompatan tinggi ke arah Haruka.

Haruka yang sedang leka terperanjat dengan kehadiran pemangsa itu menjerit nyaring sekuatnya.

'Ahhhhhh!!'

(masa seakan perlahan)

Leo dan Gantruis terpaku sebaik menoleh ke Haruka.

'Haruka!!'jerit mereka serentak.

Haruka hanya boleh menekap wajahnya bersedia menerima serangan.

Zapppp!

Sebilah pedang lancar memisahkan kepala dengan badan haiwan itu.

Haiwan yang tidak berdaya itu rebah...hanya ngaumanya masih dikenangkan.

Haruka yang masih menekap wajahnya perlahan2 melepaskan tanganya.Di depannya kelihatan...

Leo dan Gantruis hanya terkebil melihat apa yang telah terjadi.

Seorang pemuda lengkap berpakaian knight kemas memegang pedangnya.Darah biru menyaluti pedangnya itu.

Hanya menoleh dan tersengih kepada tiga sahabat yang terpegun itu.

'Hai!'kata knight itu sambil melambai.Di kepalanya terdapat parut panjang merentasi kening kirinya.Hanya beberapa helai benang sahaja jaraknya daripada matanya.

**********************

'Emm kita nak ke mana ni cik neva..'Zuya hanya mengikut Cik Minerva sambil memegang rantai yang diberi ayahnya itu.

Mereka menuju ke satu bahagian di rumah anak yatim itu yang sangat jarang digunakan.Satu pintu yang terkunci menunggu mereka.

'Eh napa bawa Zuya ke sini..bukan cik tak bagi ke kami main kat sini..'

Minerva tersenyum.Tak sangka anak belaanya begitu patuh arahannya.

'Zuya,hari ni kita akan tahu apa di sebalik pintu itu dan kenapa cik merahsiakan kewujudannya.'

Minerva menaggalkan cincinnya.Dia meletakkan cincin itu di tombol pintu itu yang sepatutnya menjadi tempat untuk memasukkan kunci.Sebaik cincin diletakkan,pintu itu seperti berderai dan bergerak secara tersusun ke bawah mendedahkan sebuah tangga yang menuju jauh ke dalam tanah.

'Baiklah,Zuya mari ikut mak cik...'

Continued....

Hahahaha sory2...citer aq memang banyak drama sikit.Hehehehe..

by:MeFA

No comments:

Post a Comment