Suasana yang
sangat tegang.Atmosfera dipenuhi dengan kemarahan dan kehormatan.Kemarahan
kepada seorang insan yang hanya menurut perintah raja.Dan juga kehormatan dan
juga adab yang perlu dijaga sebagai tetamu.Perasaan Namito bergolak dan bercelaru.Walaupun
begitu,semua perasaan itu dipendam dan
disorok dengan muka yang gembira menikmati jamuan yang tersedia.
Vilance
iaitu anak kepada Nek Clo turut bersama menjamu hidangan itu.Namun,di sudut
hatinya dia berasa sangat bersalah terhadap Namito.Kemarahan Namito terhadap
dirinya dapat dirasakan.Walaupun suasana diam dan aman,namun hati masing-masing
bagai langit yang sedang berguruh.
Kling!
Satu
bunyi datang dari dapur.
“Haaaa....dah
siap dah tu ayam belanda kita....jap nek ambikkan yer”.Kata Nek Clo lalu
berangkat ke dapur meninggalkan mereka berdua...
Satu
renungan tajam hinggap ke Vilance.Kemarahan yang membuak-buak yang sangat hendak dilepaskan.Seperti gunung berapi yang
menunggu masa untuk meletus.
”Gulp...pehal
pulak budak ni pandang aku gitu...”bisik hati Vilance.
“Arghhhhhhh!!!!!!!”.Namito
bangun dari tempat duduknya.
Hanya
berbekalkan sudu di tangannnya,Namito menyerang Sir Vilance.Tetapi,sebagai
seorang pahlawan,cabaran ini harus juga disahut oleh Vilance.Tangkas tangannya
menggapai pinggan kayu di depannya lalu dijadikan pertahanan.Perlawanan yang
sangat hebat telah tercetus di ruang makan pondok usang itu.
Gelas
dibaling,pinggan dijadikan bahan melontar seperti acara melempar
cakera.Kecoh.Chaos.Di luar kawalan.
Tapi
dalam sekelip mata.Segalanya berhenti bergerak.Segala objek balingan terapung
di awang-awangan.Seperti masa berhenti.Cuma kali ini,Namito dan Vilance masih
sedar dan dapat memerhati apa yang telah terjadi.Nenek Clover hanya tersenyum
memandang mereka.Di bahu kirinya,terdapat seekor ayam belanda yang sudah siap
dipanggang terapung dengan sendiri.
“Haihhhhh......
baru tinggal sekejap dah huru-hara cam bumi nak kiamat....”.Nek Clo mengeluh
sebelum memetik jarinya.
Segala
apa yang terapung tadi mula bergerak dan kembali ke tempat asal.Malah sup yang
tumpah juga turut terapung dan masuk kembali ke dalam mangkuknya.Namito dan
Vilance juga terduduk dengan sendiri di tempat duduk masing-masing.
“Hahaha...kan
molek macam ni...dah dah jom sambung makan malam kita.”.Arah Nek Clo.
Mereka
hanya menurut perintah.Barangkali tidak sanggup
melihat apa yang boleh dilakukan oleh orang tua itu.Suasana kembali
tenang dan senyap.Menyambung makan malam yang belum dihabiskan lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Tarik
perlahan-lahan....kuat tapi stabil...mata ke depan....bayangkan yang kamu
adalah mata anak panah...jadi kamu dapat lihat ke mana akan kamu pergi....tarik
nafas dalam-dalam....dan lepaskan!”.
Sebatang
anak panah terbang dengan laju.Lurus dan tepat.Menuju hanya satu
destinasi.Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh orang yang memegang busur
panah.
Kecakk!!
Mata
anak panah terbenam tepat ke kawasan merah.Bidikan yang tepat sekali.
Cuma...
Anak
panah terpacak di kawasan merah milik Leonardou.Gantruis hanya menayangkan
senyuman innocent kepada Vilance.
“Hehehehe....saya
memang nak panah situpun...”.Gantruis membela dirinya.
“Ahhhh...emmm
kamu berlatih lagilah yer...tak lama kenalah tu...berlatih lagi tau...jangan
putus asa..hehehe”.Sir Vilance hanya tersenyum plastik dan menepuk belakang
Gantruis.Lalu,memulakan langkah ke arah Leo.
“Tenang...mata
ke depan....bayangkan aku adalah mata anak panah...tarik nafas
dalam-dalam...dan lepaskan”.Tenang dan yakin.Leo melepaskan anak panahnya
mengikut segala apa yang telah diajarkan kepadanya.
Seperti
yang dijangkakan.Bidikannya tepat sekali.
“Yes!...oh
yeahhh....hahahahahahaha...akulah Leo the Scarlet Moon Knight!!!...wahahahaha..”
Kebishhh!!!!
Satu
tumbukan hinggap di atas kepalanya.
“Seorang
pahlawan tak pernah gelak macam tu...jangan berani kau gelar diri kau seorang
pahlawan jika tidak dapat menguasai itu”.Kata Vilance menahan geramnya.
“Huhuhuhuhu...yelahhh”.Leo
menahan kesakitan.
Gantruis
hanya memandang mereka dengan perasaan yang sukar dijelaskan.Merasakan dirinya
dipulaukan dan tidak diperlukan.Barangkali sejarah mereka
bertiga:Haruka,Leonardou dan Gantruis,yang membesar sama-sama sebagai anak
yatim.Menghabiskan sebahagian hidup mereka berkongsi tempat
tidur,makanan,kegembiraan,kesedihan,hampir segalanya.Gantruis hanya memendam
perasaannya.
Pada
masa yang sama,tidak jauh dari situ,hanya beberapa meter,terdapt sebatang
sungai.Di situ,kelihatan Haruka sedang berlatih Aqua Art.Satu seni memanipulasi
air.Di sampingnya,kelihatan Nek Clo memberi tunjuk ajar.
“Tenang...bagaikan
air yang memaparkan pantulan....jika bergelora pantulan takkan wujud...rasai
setiap pergerakannya....tunggu sehingga ‘ia’ bersedia...dan lepaskan
perlahan-perlahan..”.Nek Clo membimbing Haruka.
“Tenang...rasainya...dan
lepaskan perlahan-perlahan...”.Haruka berbisik sebelum menggerakkan tangannya
lembut ke depan.
Tapi...
Aqua
Art yang terhasil sangat besar!Seperti tsunami!Memukul tebingan dengan ganas.
Melihat
keadaan itu,Nek Clo kehairanan.Bagaimana seorang budak perempuan dapat
menghasilkan art sedemikian besar walaupun dalam percubaan pertamanya.
“Wau...nek
takde apa-apa nak cakap...kamu sangat berbakat dalam bidang ini Haruka...jadi
nek akan membantu kamu memperhaluskan art kamu...menjadi Aqua Drawer paling
hebat dalam Dreamland!!...Hahahahaha”.Nek Clo kelihatan sungguh teruja dan
gembira.
“Haha...terima
kasih nek...Haruka janji takkan kecewakan nenek!”.Haruka berkata dengan penuh
keazaman.
Continued....
##################################################
Mere
information about character:
Vilance:
Seorang
knight yang mempunyai parut di mata kirinya.Telah menjadi seorang Royal Knight
pada umur 19 tahun.Mempunyai swordmanship dan archery yang sangat
menakjubkan.Telah menyelamatkan Leo dan rakannya ketika berusia 22 tahun.Bertemu
dengan Namito ketika usia 34 tahun,memegang jawatan General of Royal Black
Battalion ketika itu.Merupakan anak angkat kepada Nek Clo.Ibu bapanya mati
dalam satu serangan ketika peperangan dulu.
Leonardou,Gantruis
dan Haruka:
Berumur
10 tahun ketika diselamatkan oleh Sir Vilance.Menghabiskan hidup mereka
berulang-alik dari Dreamland ke Driekanland(Bumi).Telah menerima latihan dari
Vilance dan Nek Clo.Merupakan anak yatim dari kecil.
Leo:
Merupakan anak murid kepada Vilance.Mempunyai bakat dalam seni
tempur.Walaupun perangainya tidak
menunjukkan dia layak menerima bakat itu.Mempunyai kesungguhan dalam setiap
perkara yang dilakukannya.
Gantruis:
Menerima latihan darpada Vilance.Mempunyai semangat yang tinggi walaupun tidak
berbakat dalam seni tempur.Sangat menghargai rakannya.
Haruka:
Menerima latihan daripada Nek Clo.Sangat berbakat dalam Aqua Art.
Namito:
Berumur 14 tahun ketika dibuang dari kampung dan bertemu Vilance.
Nek
Clo:
Nama:
-
Umur:
-
Seorang ahli sihir yang mahir dalam pelbagai
Art.Telah mengambil Vilance sebagai anak angkatnya
By:MeFA
No comments:
Post a Comment