Sunday, 20 December 2015
World of Dream,eps 6
Di sebuah hutan yang gelita.Terdapat empat orang sedang mengelilingi unggun api.Walaupun tidak marak tapi cukup untuk menghangatkan badan mereka.
'So...sapa abang ni?..Kenapa pakai cam pahlawan je?..'soal Gantruis.
'Ha?...emm..haihhh...esoklah abang citer k..lagipun bukan senang nak terangkan ni....emm ajak kawan-kawan ko masuk tidur...dah nak tengah malam ni...'balas knight yang telah menyelamatkan mereka bertiga dari harimau putih petang tadi.
---------------------------------------------
Namun setelah membunuh harimau itu budak bertiga itu pengsan.Sebab itu knight tersebut membuat keputusan untuk membina kem sementara untuk mereka bermalam.Cukuplah sehingga mereka tersedar.
Setelah beberapa jam barulah mereka sedar dan Gantruis terus menanyakan soalan itu kepada knight.Walaupun begitu,itu tidak berlaku kepada Leo dan Haruka.Sebaliknya mereka memilih untuk bermain api dan bayang-bayang.
-----------------------------------------------
'Haihh...yela abang..emm..korang!!Dahlah tu!!Pi masuk tido nuh!!'Gantruis menerima sahaja arahan knight itu.
'Alaaaa.....dah nak tido ke...huhuhu'balas Leo yang berperangai agak kebudakan.
'Arghh..cara apa aku!..jom tido!'Gantruis
'Hahahaha..jomlah Leo...jom tido..Uka ngantuklah'Haruka.
'Hmmm...yelaaaaa'Leo
Mereka pun bermalam lah kat situ.Kalau ikutkan sejarah,inilah kali pertama mereka melelapkan mata di hutan.
'Haha....tido pun diorang...'kata knight itu tersenyum masih terjaga untuk menjaga kem pada malam itu.
Beberapa jam kemudian...
Kokokokok!!!
'Ahhh..dah pagi ker..tak tahu plak dalam hutan ni ada ayam..haihhh...kena kejut diorang ni..'bisik knight itu.
'Dah..dah..bangun..bangun..nak tengahari dah ni..'kejut knight itu sambil menyelak daun muka khemah mereka.Namun,hanya alas tidur mereka yang dijumpai.
'Eh??...Mana pulak diorang pergi ni?'keluh knight itu.
'Hehehe...Arghhhh!!'Gantruis yang menyorok di atas pokok sejak dari tadi terjun menerpa knight yang terpinga-terpinga tadi.
Kebushhh!!!
Satu tumbukan tepat hinggap di muka Gantruis yang masih terapung di udara.
'Hahahahaha..good try'
'Aduhhh...'
Leo dan Haruka pula keluar dari celah-celah semak yang menjadi tempat penyembunyian mereka sambil tersengih.
'Hahaha..tengoklah budak tu..'Leo
'Haihh ko ni Gant..'Haruka
'Hm...biarlah...sekurang nya aku mencuba..'balas Gantruis.
'Hahaha..dah dah..jom ikut abang..ade benda sikit nak tunjuk..'kata knight itu lalu membawa mereka jauh ke dalam hutan.
Selepas beberapa ketika...
Menunggu mereka adalah sebuah gerbang yang dibentuk oleh akar-akar pokok yang membentuk sebuah portal seakan bentuk hati.
'Eh??Apa ni???...'hanya Gantruis mampu mengeluarkan kata-kata manakala dua lagi rakannya hanya terlopong lebih-lebih lagi Leo.
'Haha..mana syiling ko jumpa tadi?..Bak sini jap..'pinta knight itu.
Syiling diberi.Lalu diletakkan betul-betul pada muka gerbang itu.Dilepaskan.Terapung.Seperti terapungnya daun di atas air.Cuma kali ini ia adalah syiling dan bukan air yang menerapungkan nya.
Perlahan-perlahan muka portal itu terselak.Menampakkan satu dunia yang lain.Lama-kelamaan portal itu terbuka sepenuhnya.Syiling yang terapung tadi terus jatuh sebaik sahaja proses itu tamat.
Knight mengutip syiling itu dan berpaling kepada budak bertiga itu.
'Hahaha..tadaaa!!..kenalkan..The Curtain..'perkenal knight itu.
'The..the..Curtain???!!'kata mereka serentak lalu memandang antara satu sama lain.
'Hehehe..jom..'knight
'Gulp..betul ke ni'kata Leo
Mereka bertiga hanya akur.Sifat ingin tahu mengiring mereka untuk masuk ke dunia itu.
Sebaik melangkah masuk ke dalam The Curtain.Perasaan mereka seperti lemas dan tidak bermaya.
'Hergghh...haaahh..'mereka menghembuskan nafas lega sebaik berjaya melangkah maksud.
Tapi ternyata seksaan sementara tadi sangat berbaloi.Menanti mereka sebuah dunia yang sungguh cantik.Udara seakan dipenuhi oksigen.Setiap hirupan terasa lebih beerti.Di langit,satu bintang biru besar menghias siang.Hangat yang menyaluti tubuh terasa begitu selesa.
Segala tentang dunia ini..segalanya..seakan sempurna..
Seolah-olah mimpi..
Mereka bertiga terpinga.Malahan Gantruis yang mampu berkata sebelum ini terkelu.Mata seperti tiada pejamnya.Leka memerhati dunia yang baru ditemuinya itu.
'Hahaha..wehh..dah dahlah tu..jangan takjub sangat..'kata knight itu sambil melambai tangannya di depan mereka.
'Ha..apa..hehehe..'baru tersedar dari lamunan masing-masing.
'Haha..cantikkan..emm...kenalkan...nama abang Vilance...'katanya sebelum menghulurkan tangan dengan senyuman menghiasi bibirnya.
Mereka bersalaman.Saling perkenalkan diri.Berjalan merentasi dunia baru itu.
'Emm..Vilance..apa nama tempat ni yer?'soal Leo yang dari tadi senyap.
'Hahaha..bercakap pun kau..emm..nama dunia ni adalah....
*****************************
'Emm..kita nak ke mana ni cik Neva?..Macam dalam sangat dah ni..'Soal Zuya kehairanan.
Suaranya yang perlahan sudah cukup membuat gema dalam ruang misteri itu.
'Haihhh...sabarlah..nak tahu tak ke mana ayah kamu pergi?'balas Minerva.
'Ha??!!..ayah??!!!...cik tahu ke mana dia dah pergi?!!..'
'Hahaha...bolehlah..tahu jugaklah..emm..nak tahu senyap..'
Setelah sekian...
'Kita kat mana ni??'
Mereka tiba di sebuah makmal rahsia.Terdapat satu monitor yang besar.Tertulis atasnya satu frasa..
**************************
'Klau nak tahu...nama tempat ni adalah...Dreamland...'balas Vilance tersenyum.
'Dreamland?Emm..pasal cam tak cukup gempak je nama tu..yelah kalau nak dibandingkan ngan tempat ni..'kata Leo.
'Hahahahaha...biarlahhh..dah tertulis..'
*****************************
Tertulis di monitor itu..
'Welcome to Dreamland'
'Ha...Dreamland?' Zuya
Continued..
#######################
Yeahhh!!!!
Amacam bunyi ayam?....real tak...
by:MeFA
Labels:
worl of dream
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment