Monday, 21 December 2015

World of Dream,eps 7



Satu dunia yang gelap gelita.Suasananya  seperti malam yang sepi.Hanya satu batang jalan yang tiada penghujung menghiasi.Kelihatan Namito sedang berlari,tidak,lebih kepada sedang mengejar sesuatu.

'Arghhh....sikit lagi..sikit lagi!'Ronta Namito termengah-termengah berlari.

Di hujung jalan itu.Terdapat satu cahaya berupa seorang wanita.Hanya berdiri tegak.Seperti menunggu sesuatu,atau mungkin seseorang.

Namito pula seperti tidak merasa lelah.Apa yang dikejarnya itu seolah seseorang yang sangat bermakna dalam hidupnya.

'Ibu...ibu...ibu!!!...Tunggu Nami!!'

Namun begitu.Setiap langkah yang dibuat menuju ibunya hanyalah membuatkan jarak mereka lebih jauh.Ibunya semakin jauh.Langkahnya semakin lemah.Pernafasannya semakin laju seakan hendak meletup.

Akhirnya...

Namito tersungkur.Tertiarap di atas jalan di sebuah dunia asing.Dia bangkit perlahan-lahan.Baki tenaganya digunakan untuk membangunkan dirinya yang keletihan.

Akhirnya dia terduduk.Air mata mulai keluar.Tertunduk hiba.

'Kenapa..kenapa...kenapa aku sangat lemah masa tu...kenapa aku hanya mampu melihat...ibuku...ibuku dibakar hidup-hidup....'

Dia mendongak.Mata dihadapkan ke langit yang hitam itu.Air mata semakin laju.Mulut perlahan dibuka...seakan ada yang tersemat di hati yang ingin dilafazkan...

'IBUUU!!!!'

-----------------------------------------------

'Arghhhhhh!!!' Namito terjaga dari mimpinya.

'Hah...eh?...Aku kat mana ni?..'Namito kehairanan kerana dia bangun di sebuah pondok usang.Perkara terakhir yang diingat adalah sekelilingnya dipenuhi asap disebabkan sekeping syiling yang jatuh ke tanah.

Dia mengorak langkah keluar dari pondok itu.

Kelihatan seorang nenek sedang duduk di bangku.Tubuhnya dihadapkan ke arah matahari yang sedang terbenam itu.Biru,mendung,dan sungguh menenangkan.Di sebelahnya terdapat secawan teh yang masih aktif mengeluarkan wap panas.Barangkali masih baru direneh.

'Eh..cam kenal je nenek ni..hmm..'Namito menghampiri nenek itu.

'Haha...masih teringatkan ibu kamu ke..'nenek itu tiba-tiba membuka bicara.

'Eh?...Macam mana nek tahu..'Namito kehairanan.

Langkah diorak menghampiri nenek itu sebelum melabuhkan punggungnya di bersebelahannya.

'Hehe..aishhh..nenek ni dah tua..nampak sangat luka kamu tu...dalam jugak tu..'kata nenek itu mesra sambil tersenyum.

'Ha??..luka??..yang mana satu ni??...'

'Haha..tu kat dalam tu..'nenek itu tersenyum lalu meletakkan tangannya lembut di dada Namito.

'Owhh..luka ni ke..hehe..camna nek tahu?..'

'Haha...nek tahu lah...dah mata kamu cakap kat nenek..'balasnya tersenyum.

'Gulp..bila pulak ko tengok mata aku ni..'katanya di dalam hati.

'Haha...dahlah tu..jom masuk dalam...kita makan....nanti anak nenek datang...'balas nenek itu sebaik menyedari Namito dalam keanehan.

Mereka mula beransur masuk ke dalam pondok yang serba kekurangan itu.Tapi ruang didalam terasa lebih besar berbanding rupa luarannya.Meninggalkan cawan berisi teh yang masih panas itu.

'Emm..nek?...Apa nama nenek yer?..'

'Haha...entahlah cu...lupa dah..hehe..panggil je Nek Clo...'balas Nek Clo.

'Owhh..baiklah nek...eh maksud saya..Nek Clo..hahaha..'

'Hahaha..yelah cu..'

*********************************

'Eh....apa semua ni cik Neva...mana ayah Zuya nyer...pasal cik Neva tak penah pun tunjuk tempat ni kat Zuya?!..'Zuya kehairanan.

'Haihhh...macam mana nak cakap yer...'Cik Neva mengeluh ringan.'Ni ada benda cik nak tunjuk ni..'Tangannya dialihkan ke papan kekunci yang berada di situ.Jarinya mula menekan laju butang-butang yang berada di situ.

Tidak lama kemudian.Monitor besar tadi memaparkan wajah seseorang.Sedikit berkumis.Umurnya lingkungan 30-an.Memenuhi monitor itu.Dari melihat matanya saja sudah kelihatan kesedihan yang tersorok di sebalik senyumannya yang manis.Mulutnya mula dibuka.

“Yo!Apa khabar!Hahaha….emm ...kalau kau sedang tengok video ini….emm…maksudnya kau sudah cukup besar untuk mengetahuinya.Zuya,aku tahu kau mesti pelik kenapa tiba-tiba kena tengok muka mamat ni kan…..hahaha..(mengesat air matanya yang mula jatuh)…hahaha…masuk habuk pula mata ni…emm baiklah kita masuk kepada tajuk kita…kenalkan nama aku Leonardou…salah seorang daripada pencipta program World of Dream…yupe makmal yang kau sedang berdiri ni sebenarnya adalah HQ projek kami.Dalam program ini,kami bertiga telah mencipta ‘jalan masuk’ alternatif…yang membenarkan kami masuk ke sebuah dunia…yang kami tidak sengaja menjumpainya lebih kurang 30 lepas…. tanpa coin’s blessing.(menunjukkan sekeping syiling lama)…Nampak syiling ni,syiling buruk ni sebenarnya adalah kunci untuk masuk ke dunia itu…tanpa syiling ni,kau takkan dapat masuk dunia itu….Oleh itu,kami telah mencipta jalan masuk baru.Dengan itu,masuk ke dunia itu akhirnya boleh dilakukan oleh sesiapa pun.Yupe,termasuk kau Zuya.Hahaha…(senyum,untuk menyembunyikan kesedihannya)”

*skrin mula glinching sebelum terpadam

“Eh??....takkan tu je??…kenapa dia nangis??...sapa dia cik Neva??”.Zuya masih belum memahami situasi yang dihadapinya.

“Hahaha…jap jap..”.Minerva menekan sekali lagi papan kekunci.Memaparkan sebuah video lagi.

Zuya memandang monitor itu dengan penuh sifat ingin tahu.Seperti menunggu sesuatu untuk dilafazkan oleh pemuda tadi.

Video dipaparkan memperlihatkan pemuda tadi.Cuma kali ini kumis dipotong rapi.Menampakkan wajah sebenarnya.Kalau ditatap lama-lama.Mukanya sedikit iras Zuya yang telah mencapai usia remaja.

“Hai!...Kau tak kenal lagi ke aku ni.Hahahaha….tapi nama aku tahu dah kan?...emm…baiklah Zuya…ada sedikit sejarah hidup tentang kita perlu diberitahu.Haihhh…aku sebenarnya ayah kau…yupe mamat yang kau sedang lihat ini adalah ayah… kepada kau..hahaha(mula mengesat air matanya yang jatuh)…maafkan ayah kerana tidak dapat berada di samping kau…selama ini…selama kau hidup…selama kau sedih,gembira…selama kau susah,senang..selama kau merasakan kenapa tiada seorang ayah di sisi kau…bimbing kau,pujuk kau,beri hadiah pada kau…(menangis teresak-esak)…maafkan ayah kerana tidak menemani kau semasa tidur,pimpin tangan kau semasa pergi ke sekolah buat kali pertama,mendengar kau membaca untuk kali pertama….(mulutnya ditutup,matanya dipejam,menangis)….Zuya aku nak kau tahu ni…ayah sangat sangat rindu kau…hahaha…haishh…macam manalah muka kau sekarang…teringin sangat nak tengok…emmm…sebelum ayah terlupa…Happy Birthday!!..Zuya ayah sangat rindukan kamu…”

*Skrin tepadam

Meninggalkan Zuya yang masih terpana.Kerinduan hatinya tidak dapat dibendung lagi.Keperitan hatinya diterjemahkan oleh air mata yang semakin laju membasahi pipinya.Menakap wajah.Jatuh.Terduduk.Lemah.Sakit.Hiba…

Melihat keadaan Zuya,Minerva buat keputusan untuk melakukan apa yang seorang ibu akan lakukan.Tangannya diletakkan di belakang badan Zuya.Dipeluk kemas.Turut menangis apabila Zuya berpelakuan begitu.Seperti mereka berkongsi keperitan yang sama.

………………..

*********************************************

Di dapur usang pondok Nek Clo..

“Emm….kita nak masak apa ni nek?”

“Haihh…tengok jelah…hehe”

“Tengok?Takkan nak tengok je nek…saya kenalah tolong nek masak jugak..”

“Hahaha…takyahhhh…hehe”

Nek Clo diangkatkan.Sejalur debu mengikut gerakan tangannya.Tangan digerakkan lagi.Dapur seakan hidup.Api ternyala.Pinggan mangkuk terapung.Pisau keluar dari sarungnya.Periuk diisi air.Tangsn digerakkan lagi.Kali ini seekor ayam datang.Asap menyalutinya.Selepas beberapa ketika,ayam yang sudah dibuang bulunya tersedia.

“Wau!!...itu pelik tapi awesome!!.hahaha”.Namito dalam ketakjuban.Mungkin kali pertama melihat keajaiban di depan matanya.

Tangan digerakkan lagi.Mengerakkan sebahagian objek lain di dapur itu.Proses diteruskan.Hanya tangan Nek Clo yang membuat kerja.

Tiba¬-tiba pintu diketuk.

”Haaa..tu kamu boleh tolong nenek…hehehe”.Kata Nek Clo.

Namito hanya tesenyum mengerti apa yang dimaksudkan wanita berusia itu.Namito mula bergerak ke pintu.Hatinya penuh dengan teruja.Barankali tidak sabar melihat anak nenek itu.Namun sebaik pintu dibuka.Sekujur  tubuh gagah perkasa menunggu.Wajahnya ditatap.

”Kau…kau…kau bukan knight yang datang ke kampung aku ke dulu??!!”

“Gulp...yupe,Sir Vilance sedia berkhidmat”.Vilance hanya tersenyum pahit.

Continued…..

######################################


Hahahaha…sory gais,eps kali ni pjg sikit…hehehe…njoy tau.

By:MeFA

No comments:

Post a Comment