Saturday, 5 December 2015

The Invaders : Ubi (Chapter 2)

"Sarjan, kami telah menghantar beberapa kumpulan Bishokuya untuk untuk mengambil spesimen daripada tapak.... bekas tapak pangkalan yang telah diserang" kata Shaqir.
"Saya juga baru mendapat laporan daripada Makmal UB bahawa mereka sedang melakukan penyelidikan ke atas spesimen"tambah Nini.
"Saya tak paham kenapa diorang berundur pada waktu pagi. Tapi, baguslah. Kita dapat ambil peluang ni untuk siasat tempat kejadian" kata sarjan dengan musykil dengan nada yang sedikit lega.
"Tapi sarjan, ade beberapa bende pelik masa kejadian tu berlaku."kata Shaqir.
"Ape die?" tanye Sarjan.
"Serangan tu berlaku dengan sekelip mata. Kejap sangat. Padahal Pangkalan Keledek tu kalau nak dikira memang besar. Dah la ramai tentera elit kat situ."terang Shaqir
"Aah, lagipun kenapa dalam ramai ramai orang ade dua tiga orang je yang mati. Yang lain semua mayat mereka hilang" sambung Nini.
"Nampaknya musuh kita bukan calang calang orang ni"kata sarjan.
"Saya rase musuh kita bukan orang, sarjan" celah Shaqir
"Mungkin mereka makhluk asing"


"Lepaskan!" jerit Nami sambil cuba melepaskan diri.
Mereka membawa Nami keluar daripada pusat perlindungan itu melalui pintu belakang.
"Nami!"Kamil cuba sedaya upaya untuk melepasi orang ramai.
Suasana menjadi hiruk pikuk apabila invaders datang dari belakang bukit.
Lelaki lelaki itu membawa Nami menaiki satu aircraft yang berada tidak jauh dari situ dan mula terbang.
Invader menghujankan tembakan ke atas kawasan perlindungan dari langit.
Kamil hanya mampu menjerit apabila dirinya melihat aircraft tersebut meletup.
"Tidak!!"air matanya mula berderai.

End of Chapter 2
By : Salman

No comments:

Post a Comment