Monday, 14 December 2015
The Rune Stones : Battle Scars, Ep 6
TAMAN SAKURA, KYOTO
"Emir...jangan Emir, jangan buat Ariana ngajuk...."
Ariana memeluk erat Adib yang terpengsan, akal sudah buntu. Emir semakin mendekati adib dan dirinya, tidak lama kemudian, Emir berhenti, lalu tiba-tiba pengsan begitu sahaja. Ariana menjadi pelik, lalu segera menoleh ke belakang kearah tasik. Kelihatan seorang lelaki hanya berseluar jeans biru berkaki ayam keluar daripada tasik. Badannya berotot namun terdapat banyak kesan lebam. Lelaki itu berjalan kearah ariana dengan muka yang lesu, terdapat kesan darah pada mulutnya, mungkin ditumbuk kasar barangkali.
"Danish !! Terima kasih, tapi... awat hang lebam nu. "
"Hai ariana lama tak jumpa"
"Danish, macam mana hang sampai sini. "
"Nanti aku cerita, sekarang aku tolong kau angkat emir dan adib ke villa okay ?"
"Oh, emm baiklah, terima kasih. "
Setibanya di Villa Master Ikhmal, semua orang terkejut dengan kehadiran Danish yang tidak berbaju, maklumlah, badan Danish yang berotot walaupun lebam menambahkan aura seksi pada dirinya. Tambahan bibirnya yang sedikit luka, memang semua orang tengah *nose bleeding*. Kini, Adib dan Emir berada di bilik masing-masing, terlantar seperti orang *koma*, Zaki dan Jaris pergi ke Shopping Mall di Bandar Kyoto, maklumlah, rumah Master Ikhmal berada jauh di dalam hutan dan jauh daripada bandar. Villa ini tiada jiran. Master Ikhmal sedang bersembang dengan Danish, mendengar ceritanya, bagaimana dia melepaskan diri daripada cengkaman H.V.O.
"Danish, kamu berehatlah, H.V.O. pun mesti sedang mencari kamu sekarang ni."
"Thank you master"
"Ariana, hang tolong tunjukkan bilik Danish ye."
Memang Ariana bersyukur dan terhutang budi dengan kehadiran danish secara tiba-tiba. Namun, terdapat bisikan dalam hati ini yang mengatakan bahawa danish datang ke villa ini untuk mencari sesuatu. Ariana menunjukkan bilik danish di tingkat bawah tanah. Danish dan ariana masuk ke dalam bilik itu. Danish tiba-tiba tergelak sinis. Ariana memandang danish.
"Weh, aku tau macam mana nak sembuhkan amnesia hakimi. "
" Apa ?!! "
"Tapi dengan satu syarat . "
Ariana memandang curiga kearah danish.Jantung berdegup dengan kencang. Apa dia nak dari aku ?
*************
NORTHEN BUILDING OF H.V.O. , OSAKA (1.00 PAGI)
Ahza dan Hakimi akhirnya sampai di utara bangunan ini , setelah satu jam merangkak di atas siling dalam terowong penghawa dingin macam cerita mat saleh.
"Weh kau ada 7 minit untuk masuk dalam tu dan selamatkan edwin. Aku dah *hack* semua robot dan security cameras dalam bangunan ni. Cepat !!"
Hakimi cuba mengesan benda hidup di kawasan yang berdekatan sebelum turun daripada siling. Kelihatan seorang saintis wanita berkaca mata sedang menulis password untuk masuk ke dalam bilik yang edwin berada sekarang. Apabila wanita itu selesai pintu pun terbuka, hakimi lekas turun daripada siling dan memegang bahu wanita itu. Wanita itu berpaling.
"Maafkan aku."
Iris pada kedua mata Hakimi yang berwarna hitam bertukar menjadi ungu cair, wanita itu kaku, mata wanita itu juga tiba-tiba menjadi warna ungu. Tidak sampai 15 saat. Wanita itu duduk di atas lantai sambil menutup mata dan telinganya sambil mengeluarkan air mata. Kelihatan kedua belah tangan wanita itu menggigil.
Iris Hakimi kembali hitam. Hakimi masuk ke dalam bilik Edwin. Mata menjadi bulat melihat Edwin berada di dalam kubus kaca , kelihatan dia berada dalam kesejukan. Mengigil seperti kesejukan pada musim salji. Terdapat satu tiub pada tangan edwin. Mungkinkah tiub itu membawa darah Edwin untuk dikaji oleh saintis ? Hakimi berjalan kearah Edwin.
"Edwin ? Hang okay tak ni ? "
Hakimi berkata perlahan. Tiba-tiba kedengaran seperti ada orang mahu membuka pintu masuk kedalam bilik ini. Hakimi panik, cuba mencari tempat untuk bersembunyi dengan segera dan SPONTAN !
"Oh tidak, oh tidak, emmm, hah ! Aku tau."
Apabila pintu terbuka, Afiq Najhan pun masuk...mencari sesuatu, seperti mencari seseorang. Tolonglah, tolonglah jangan perasan aku kat sini. Jangan !! , Hakimi menjerit dalam bermonolog.
BERSAMBUNG...
***********
EXTRA INFORMATION :
Virus pada Danish - virus ini membolehkan danish berkomunikasi dan mengawal sel pada organisma lain, iaitu mengawal sesuatu organisma itu. Secara ringkas, danish berkebolehan untuk * hipnotize * orang lain. Virus ini dinamakan sebagai PERELIZE VIRUS oleh Prof.Afiq Amirullah. (Virus ini sepatutnya jadi antara virus D.S.N. , namun.....(ketahuinya pada episod akan dtg ) )
Virus pada Hakimi - virus ini adalah antara virus D.S.N. , membolehkan hakimi menunjukkan seseorang punya *worst nightmare*. Iris pada mata hakimi bertukar ungu cair apabila virus ini berfungsi, mata si mangsa akan memberi tindak balas iaitu menjadi ungu, ini menunjukkan bahawa
si mangsa sedang melihat *worst nightmare* dia. Virus ini dinamakan NIGHTMARE VIRUS oleh Prof. Afiq Amirullah.
**********
THANKZ FOR READING...
#FIGHTHING #HOPE KORANG ENJOY..
#SMILE ALWAYS K...
BY : AriZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment