Tuesday, 1 December 2015

The Rune Stones:Battle Scars, Ep.5

SELATAN BANGUNAN H.V.O. ,OSAKA

*Section* bangunan ini dikhaskan bagi memenjarakan mereka yang disuntik virus S.N. ,
Hakimi menunggu bosan di dalam bilik 02 , iaitu bilik tidurnya, dalam kurungan penjara khasnya.
Hafiz berada di bilik 06 , manakala Pejo di bilik 07, nampaknya jauhlah jarak antara bilik ini, sudahlah satu bilik antara bilik jaraknya 1 km , memang rasa nak pitam sekarang ini. Tiba-tiba Hakimi terdengar sesuatu daripada siling biliknya. *knock* *knock*. Seseorang membuka siling itu...

"Ahza !! HAng datang nak selamatkan cheq ke ?"
"Awat lagu gitu, gila apa, cheq nak bawak hang gi bersiar-siar, Hafiz suruh cheq habaq kat hang apa berlaku kat Edwin, depa suruh hang selamatkan Edwin nu ."

"Awat cheq pulak ?"
"Sebab hang antara empat pemilik virus bahaya nu, si Hafiz dan Pejo bukan. Edwin pun bukan. Kenapa hang tak kalahkan je semua orang dalam bangunan ni."
"Sedar skit ahza, dalam bangunan ni ada robot , maksudnya robot tu takde otak faham otak ?"
"Weh jangan tanya cik, saja nak habaq cik ni menyamar jadi salah satu saintis kat sini"
"Okay, weh ahza, cepatlah !"

Ahza menarik tangan Hakimi masuk kedalam satu laluan udara di atas siling macam dalam movie mat saleh. Lalu ahza mulakan merangkak dihadapan, kini langkah mencari dan menyelamat Edwin bermula. Mereka mula merangkak di dalam terowong udara penghawa dingin di atas siling. Ahza merupakan seorang perisik antarabangsa dan anak saudara Master Ikhmal. Jadi Ahza sangat mahir dalam bidang ini.

 Edwin, wait for me, please don't be dead meat yet. Berbisik Hakimi dalam hati.

***********

VILLA MASTER IKHMAL , KYOTO

Kelihatan Zaki dan Jaris sedang seronok mandi sungai. Luqman duduk di batu sambil bermain
*Dota 9*, maklumlah sekarang dah year of 2027. Suasana di Kyoto amat indah. Emir hilang ke mana entah. Adib merenung loket miliknya, sungguh dia amat risau akan kembarnya. Tiba-tiba Ariana memegang lembut bahu kiri Adib, kepala dipalingkan ke belakang ,melihat Ariana. Gadis itu sedang memakai seluar jeans putih, baju longgar lengan panjang dan paras lutut yang berwarna merah jambu cair. Benar, matanya menenangkan hati Adib yang runsing.

"Jangan la risau sangat pasal Adib, kimi-san, kalau depa kena tangkap pun, senang je depa larikan diri, depa tu antara pemilik virus D.S.N. "
"Apa kuasa dia ?"
"Nanti hang tau la, meh ikut cheq."

Ariana menunjukkan jalan pada Adib, mereka berjalan jauh daripada sungai, kelihatan mentari semakin bersinar, namun pelbagai pohon menghalang cahaya daripada menjilat tanah. Tidak lama kemudian mereka menemui tiga pohon bunga sakura di tepi sebuah tasik. Satu pohon bunganya berwarna ungu, satu berwarna biru dan satu lagi berwarna merah jambu. Tiga pohon itu membentuk segi tiga. Adib dan Ariana berdiri di antara tiga pohon pokok itu.

"Kimi-san, ada satu cara je kita nak tamatkan peperangan ini."
"Macam mana ?"

Ariana mengeluarkan seketul batu , terdapat satu simbol padanya yang mengeluarkan cahaya berwarna merah jambu. Tiba-tiba semua bunga pada pohon pokok bunga sakura berwarna merah jambu itu bercahaya, seolah-olah memberi reaksi pada batu itu. Adib melihat tajam simbol pada batu itu. Kepala tiba-tiba menjadi sakit. Batu ni ! Aku pernah nampak batu ni ! Adib bermonolog sambil memegang dahinya. Sekelip mata, adib pengsan tanpa berkata-kata. Ariana menjadi panik tidak tahu apa yang patut dilakukan. Tiba-tiba Emir datang dalam bentuk raksasa, apa pulak yang buat Emir takut sampai bertukar ni ?

"Emir, jangan Emir, Emir..."
"AAARRGGHHH"
"Aaaaahhhhh !!"

Ariana menjerit sekuat hati sambil memeluk erat Adib yang pengsan.

BERSAMBUNG
******

EXTRA INFORMATION

Virus pada Emir - virus ini menukarkan emir menjadi raksasa dimana matanya keseluruhan coklat cair, lemaknya semua bertukar menjadi otot kerana penambahan ketinggian badan serta kuku dan gigi yang tajam serta mengerikan. Virus ini hanya akan berfungsi apabila emir menjadi takut.
Virus ini dinamakan DEFENCE VIRUS oleh Prof.Afiq Amirullah.

Maksud Pejo pasal , clock mid entrance room - clock at midnight, find the entrance room.

*********
THANK FOR READING !
#FIGHTING



BY : AriZ

No comments:

Post a Comment