Tuesday, 1 December 2015

The Rune Stones : Battle Scars Ep.3


HOSPITAL DAHLIA , TOKYO

48 jam kemudian....

"Aku dekat mana ni"
"Hang ni Hakimi ke Adib ? "
"Kau siapa !!? "
"Cheq ni emir, la ni, hang ni Adib ke Hakimi, cheq tanya sungguh ni."

Adib memandang sekeliling, bilik serba mewah direnung. Aku dekat hospital ? Siapa aku ?
 Siapa lelaki ni ? Kenapa aku dalam hospital ? Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran Adib.

"Dia mengalami amnesia,namun kami tidak pasti sama ada memorinya akan pulang atau hilang
selama-lamanya."
"Bila dia boleh berlepas daripada hospital doktor ?."
"Sekarang pun boleh, baiklah encik berehatlah dulu."

Doktor Ahza keluar daripada bilik. Apabila pintu ditutup, Emir memandang tajam kearah Adib, dalam sekelip mata, Adib berada dalam pelukan Emir.

"Hakimi, chek tak tau apa nak jadi kalau hang kene tangkap dengan musuh semalam."
"Nama aku Hakimi ke ?"
"Aku yakin kau Hakimi bukan Adib,sebab chek rasa lapaq nak mampuih tetiba ni."
"Siapa Adib ?"
"Kembar muka sebijik hang !"

TIBA-TIBA kedengaran jeritan dan tembakan pistol yang berdasdas ditembak tanpa henti diluar bilik. Adib dan Emir kaku, pada pintu bilik, terdapat darah yang mengalir masuk ke dalam bilik.
Nampaknya, H.V.O. , betul-betul *agressive* . Emir semakin takut, emosi tidak stabil. Bebola mata Emir menjadi coklat cair keseluruhan, badan Emir menjadi semakin besar tinggi dan tegap sehingga semua lemak pada perutnya menjadi kurus dan tegap, kuku Emir menjadi tajam begitulah juga dengan giginya. Tiba-tiba pintu dibuka....

"Professor, kami rasa kami dah menemui satu lagi 'D.S.N.' . "
"Berhati-hati !!"

6 orang lelaki berpakaian askar mensasarkan peluru tidur pada Emir. RRAHHHHH !! , ngauman Emir bagai singa rimba.Tiba-tiba semua askar itu terkena renjatan elektrik sehingga pengsan. ZZZZZ .  Renjatan elektrik yang sangat dahsyat. Emir kaku, dia pandang kearah pintu masuk bilik. Kelihatan Luqman memandang Emir. Luqman menunjukkan penumbuk pada Emir, lalu elektrik biru yang dahsyat menyerang Emir. ZZZZZZZ . Emir pun pengsan.badan Emir kembali normal. Riak muka Adib menunjukkan muka takut dan terkejut. Aku tak bersalah ! Aku tak tau apa tengah berlaku sekarang.

"Kau siapa hah ?"
"Kau ni dah kenapa kimi-san ? Ni luqman your bro lah ."

Adib memandang tajam mata Luqman. Sungguh, kalau Adib bukan lelaki, jeritan sakan tak ingat dunia sudah lama bergema. Adib berdiri daripada katil dan tangan diletakkan di belakang. Tangan Adib bergetar ketakutan. Siapa semua orang ? Kenapa orang yang bernama Emir ni bertukar jadi raksasa ?
Siapa lelaki elektrik yang selamatkan nyawa aku ? Tidak lama kemudian, Luqman membuka mulut.

"Hakimi-san ? Jangan bagitau aku, kau masuk hospital sebab amnesia ?"
"Aku amnesia ? Amnesia tu apa ? Kau siapa ?!! "
"Aku Luqman , aku tau kau sakit, but please trust me, tolong aku angkat Emir ni"
"Dia bukan manusia !! Kau bukan manusia !! What the HELL are you !!"
" Kau nak aku bagi kau renjatan elektrik ke hah ! Jangan nak hina sangat , kuasa kau paling kejam sekali pada mata aku ! "

Adib diam membisu, tidak tahu apa lagi yang ingin diperkatakan. Adib menolong luqman mengangkat emir yang terpengsan masuk ke dalam kereta mercedez kelabu. Kelihatan ada dua orang lagi dalam kereta itu. Sepanjang perjalanan daripada tingkat tiga hospital sampai kereta ini, Luqman menceritakan semua yang berlaku. Setelah itu , ketika di dalam kereta Adib membuka mulut...

"Korang berdua ni pun ada kuasa ke ? "
"Tak, tapi aku juara lumba haram dan halal antarabangsa dari tahun 2020 sampai sekarang, iaitu 2027 .
So kira aku ni 7 tahun la juara."

Jaris memandang Adib di tempat duduk belakang sambil memandu seketika,lalu fokus kembali pemanduan.

"Dan aku adalah pencipta gadget paling canggih dan *cool*, jangan tanya, i've been doing this gadget thing from the age 6 years old. Yes, thank you for calling me a genius."

Zaki memandang mesra kearah Adib dari tempat duduk depan. Di tempat duduk belakang, Luqman muka masam mencuka sambil memandang tingkap kiri. Emir duduk di tengah-tengah sambil kepalanya baring pada bahu Luqman. Adib tiba-tiba tersedar bahawa dia sedang memakai loket. Adib segera buka loket itu. Kelihatan dua kanak-kanak lelaki memegang bahu masing-masing sambil tersenyum mesra dan comot kerana makan aiskrim. Terukir dua nama pada loket itu, seorang Hakimi dan seorang Adib. Ini ke kembar aku ? Adib bermonolog.

3 jam kemudian, akhirnya perjalanan daripada Tokyo ke Kyoto berakhir. Kelima-lima insan ini pun tiba di sebuah villa yang mewah, atapnya berwarna hitam. Dindingnya berwarna kelabu dan putih jernih . Kelihatan bulan bersinar dengan indahnya. Tiba-tiba seorang lelaki berusia separuh abad keluar daripada villa itu bersama seorang wanita yang jelita, mata wanita itu menusuk hati adib. Cantiknye dia...Adib bermonolog.

"Selamat datang ke Villa, lama dah tak nampak. Kamu boleh panggil saya Master Ikhmal, kamu dan Adib dulu berjiran dengan saya semasa kecil."

Adib senyum kearah Master Ikhmal. Tiba-tiba wanita itu berlari anak-anak kearah Adib,menuruni tangga simen dengan sopan , lalu tangkas memeluk Adib dengan erat dan kuat. Air mata mengalir daripada mata ke pipi wanita itu.

"Saya tak tau apa nak buat kalau awak ditangkap kimi-san. Luqman told me everything about your amnesia. Nama saya Ariana."

Adib tidak membalas pelukan wanita itu , sebaliknya kaku. Apabila drama antara Adib dan Ariana habis, Master Ikhmal menunjukkan bilik setiap orang. Zaki dan Jaris di tingkat bawah. Bilik Adib , Luqman dan Emir berada di aras bawah tanah. Ariana berada di tingkat 2 bersebelahan bilik dengan master Ikhmal. Adib masuk ke biliknya, Luqman dan Emir berada di bilik lain. Rupa-rupanya Ariana merupakan anak kepada Master Ikhmal.

"Cantiknya bilik ni."

Bilik yang luas bertemakan *star design* , terdapat dua katil saiz king. Satu di ruangan kiri satu lagi di ruangan kanan. Adib pergi ke katil kiri dan mengambil satu bingkai gambar. Kelihatan tiga remaja sedang duduk di pohon pokok bunga sakura, Ariana duduk sambil tersenyum manis diantara Adib dan Hakimi.

"My twin, where are you. Have you been captured ?"

Malam itu adib mimpi ngeri, dia bermimpikan kembarnya diseksa oleh seorang saintis.

"Aaaahh !!"

 ***********
- D.S.N. - Dangerous SuperNaturel ,
                 10 orang yang disuntik virus SN , 4 drpd mereka mempunyai virus yang paling bahaya...
***********

 BY :AriZ

No comments:

Post a Comment