"Huh..." keluh seorang budak perempuan."Ubi lagi.Hari hari makan ubi"keluhnya lagi.
"Bersyukurla Nami. Ade yang diluar sana tak dapat makan lansung" kata seorang pemuda yang menghampirinya. " Kita ni kira bertuah sebab sempat diselamatkan"sambungnya lagi.
"Memangla.Tapi kita tak layak pun harungi situasi ni.Aku rase terseksa, Kamil"kata Nami.
"Semua orang kat sini terseksa, Nami" ujar Kamil.
"Mak ayah aku... dua-dua dah takde..."kata Nami dengan sebak.
"Tapi kau lebih beruntung sebab sempat merasa kasih sayang mak ayah kau"balas Kamil."Dah dah.Jangan nangis. Makan ubi tu. Nanti lapar pulak" pujuk Kamil.
"Mana sarjan?" tanya Shaqir yang merupakan seorang korporal.
"Sarjan ade kat dalam" jawab seorang tentera. Shaqir terus masuk ke dalam khemah tersebut.
"Sarjan! Kami telah mengesan mereka datang dari arah tenggara."
"Waalaikumsalam" sindir sarjan.
"Kami tidak perasan akan kehadiran mereka hingga kami kesan mereka dengan ultrasonic" ujar Shaqir dengan rasa cemas.
"Why is that?" tanya sarjan.
"Radar kami seolah-olah tak berguna" terang Shaqir.
"Bersedia dengan formasi O" arah sarjan.Tiba tiba setiausaha sarjan masuk dengan muka yang cemas."Ada ape, Nini?" soal sarjan.
"Kita dapat panggilan daripada semua pangkalan di tenggara.Mereka diserang!"
"Meh sini radio tu." arah sarjan."Ini sarjan Shar, kod 0929, Pangkalan Utama" terang sarjan.
"Sarjan! kami....." terdengar letupan yang besar sebelum panggilan terputus.
Kesemua panggilan terputus dalam masa yang sama.
"Sarjan, kita berurusan dengan musuh yang kita sendiri tak tau dari pihak mana!" cemas Nini.
"Keluar!Keluar!"arah seorang tentera."Kita mesti bergerak sekarang! Ini adalah satu arahan!" sambungnya.
"Kenapa kita perlu dipindahkan?"tanya salah seorang daripada pelarian itu.
"Ini adalah demi keselamatan kamu semua"jawab tentera tersebut.
Kamil dengan keadaan resah bergerak melawan arah orang ramai."Nami!"dia memanggil Nami beberapa kali sebelum ternampak kelibat sekumpulan lelaki sedang memegang seorang perempuan.
Penglihatannya makin terang apabila dia mengecam bahawa perempuan tersebut ialah Nami.Kamil terus mengejar mereka walaupun susah melepasi kumpulan orang ramai yang sedang panik.
"Namiiiii!"
End of Chapter 1
By : Salman Husaini
No comments:
Post a Comment